Sunday 30 December 2012

DOWNLOAD | Buku Panduan dan Pengoperasian Program LINUS

Buku Panduan dan Pengoperasian Program LINUS penting untuk rujukan guru LINUS dan juga guru Pemulihan sebagai panduan dalam mentadbir dan melaksanakan program LINUS. 
Antara isi kandungan buku ini ialah:
Latarbelakang program LINUS
Peranan FasiLINUS, guru LINUS, guru Pemulihan
Dokumentasi (Fail yang perlu disediakan)
Jawatan kuasa
Carta Alir
Contoh borang dan laporan 




 

(Klik untuk muat turun)

Peranan atau Tugas Guru LINUS dan Guru Pemulihan Berdasarkan Buku Panduan dan Pengoperasian Program LINUS

Berdasarkan Buku Panduan dan Pengoperasian Program LINUS yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, edisi cetakan pertama 2011, guru LINUS & guru pemulihan berperanan seperti berikut:


   

 Peranan Guru LINUS
  1. Melaksanakan kursus dalaman kepada semua guru setiap kali berkursus.
  2. Melaksanakan saringan bagi Lisan dan Bertulis dalam tempoh yang ditetapkan.
  3. Mengumpul data bagi mengenal pasti murid LINUS tegar, LINUS dan arus perdana.
  4. Mentadbir kelas dengan baik dan sesuai dengan tahap keperluan murid.
  5. Mengadakan perbincangan dengan FasiLINUS untuk penambahbaikan dalam pelaksanaan program LINUS.
  6. Mengisi data selepas setiap kali saringan ke portal NKRA secara atas talian mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
  7. Mencetak dan menfailkan data yang telah diisi di portal NKRA.
  8. Sentiasa mendalami kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
  9. Menjadi ahli jawatankuasa LINUS sekolah.

Peranan Guru Pemulihan
  1. Melaksanakan saringan bagi Lisan dan Bertulis dalam tempoh yang ditetapkan bersama-sama guru LINUS.
  2. Membantu guru LINUS dalam menyediakan media pengajaran.
  3. Merancang jadual waktu dan aktiviti untuk murid LINUS tegar dan murid pemulihan.
  4. Mengajar murid LINUS tegar.
  5. Menjadi ahli jawatankuasa program LINUS di sekolah.

Peranan Pentadbir Sekolah
  1. Mengenal pasti dan menentukan guru LINUS.
  2. Membentuk dan melantik jawatankuasa kerja LINUS di sekolah dan dipaparkan di papan kenyataan.
  3. Menyediakan fail-fail pengurusan LINUS.
  4. Membuat perancangan tahunan.
  5. Memastikan saringan LINUS dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.
  6. Memastikan dan mengesahkan data penguasaan murid/keputusan setiap saringan dimasukkan ke dalam portal NKRA mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
  7. Memantau pelaksanaan program LINUS dan menjalankan tindakan susulan untuk penambahbaikan.
  8. Memberi motivasi kepada guru LINUS dan guru pemulihan.
  9. Memastikan guru LINUS dan guru pemulihan menggunakan modul LINUS yang dibekalkan oleh KPM.
  10. Bekerjasama dengan ibubapa/PIBG dalam memberi kesedaran, maklumat dan kepentingan program LINUS.
  11. Mencerap pelaksanaan PdP guru LINUS dan guru pemulihan.

Friday 14 December 2012

Teras Bacaan


Saya ingin berkongsi dengan anda semua sebuah blog yang banyak membantu saya untuk mengajar anak murid dari kelas pemulihan khas saya cepat membaca. Blog itu ialah blog Teras Bacaan di sini terdapat banyak bahan yang boleh kita paut turun untuk dijadikan BBM sama ada untuk kelas LINUS, Prasekolah mahupun Kelas Pemulihan. Bahan yang disediakan mudah difahami dan menarik. Antara bahan yang saya sering gunakan ialah BUKU TERAS BACAAN di bawah ini...




Kepada mana-mana guru yang mempuyai murid bermasalah untuk membaca bolehlah cuba gunakan bahan dari blog ini. Semoga usaha kita dapat mengatasi masalah membaca di kalangan murid-murid kita.





Bacalah Sayang

Buku bacalah sayang dari Kementerian Pendidikan boleh dipaut turun dari sini, terdapat dua buku Bacaan Sayang yang mengandungi petikan cerita pendek dengan tulisan berwarna mengikut suku kata serta beberapa soalan pemahaman yang mudah. Buku ini sesuai untuk murid pemulihan khas.


Ini adalah muka hadapannya.


Isi kandungannya adalah seperti di atas.

Bagi yang berminat boleh paut turun dengan klik dari sini .

Manakala sebuah lagi buku membolehkan murid menyebut suku kata dan seterusnya membatangkan perkataan berdasarkan gambar. Setiap suku kata ditulis dengan warna yang berbeza untuk memudahkan murid menyebutnya. Buku ini sesuai untuk murid pemulihan khas.


Ini adalah muka hadapannya.


Ini adalah isi kandungan buku tersebut.

Sesiapa yang berminat bolehlah paut turun dengan klik dari sini .

Saya berharap perkongsian yang tak seberapa ini boleh membantu anda semua.


BBM Pemulihan : Suku Kata VKV dan KVK

Bahan Bantu Mengajar ini boleh digunakan dalam waktu pengajaran dan pembelajaran, ia amat menarik minat murid-murid. Jadi sesiapa yang hendak paut turun, bolehlah pilih mengikut kesukaan anda semua dengan klik link dibawah :














Belajar Pribahasa Dengan Video Animasi

Hari ini saya ingin berkongsi dengan semua tentang Laman Ruangan Multimedia DBP yang mengandungi banyak bahan yang boleh kita gunakan sebagai bahan bantu mengajar bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan juga untuk P&P bagi kelas pemulihan khas. Di laman ini banyak terkandung pelbagai video animasi yang sesuai untuk kanak-kanak belajar bahasa melayu terutamanya peribahasa. Antaranya seperti gambar dibawah.

Cerita-cerita peribahasa yang berkaitan dengan ayam.

Setiap cerita akan disertakan dengan pelbagai aktiviti untuk murid seperti penerangan tentang perbendaharaan kata yang terdapat pada cerita, kiuz yang berkaitan dengan cerita, permainan dan cenderamata.


Permainan yang disediakan untuk murid.


Kuiz untuk menguji kefahaman murid-murid tentang cerita yang ditonton.
Semoga dengan sedikit informasi ini dapat mambantu anda semua.

Thursday 13 December 2012

Permainan Bahasa dan Matematik

Di sini disertakan beberapa permainan bahasa dan matematik secara talian untuk murid-murid, ia sesuai dimainkan apabila murid-murid  berasa bosan setelah belajar dalam masa yang lama. Malah ia merupakan aktiviti yang sesuai dan berfaedah untuk mengisi masa lapang murid, murid akan berasa seronok semasa menjalankan permainan ini. Memandangkan kanak-kanak kini lebih gemar bermain sambil belajar, harap permainan bahasa ini dapat membantu anda semua.

 

1. Permainan Kata Ganti Nama Diri secara online:



 
2. Permaianan Kata Nama secara online :


P&P Matematik lebih menarik jika guru menyelitkan permainan yang bersesuaian. Mari kita lawati laman web yang dipautkan disini untuk mencubanya.


 1.
























***Selamat Mencuba dan Selamat Bermain***








Monday 10 December 2012

DISLEKSIA

Ada di antara murid Tahun 1 mengahadapi masalah untuk membaca dan menulis. Mungkin murid kita itu menghadapi masalah disleksia, sebanarnya bukan kanak-kanak sahaja yang menghadapi masalah ini tetapi juga golongan dewasa yang mengalaminya.


DEFINISI

Perkataan " disleksia " (dyslexia) adalah hasil gabungan dua perkataan Greek iaitu "Dys" yang bermaksud kesukaran dan "Lexis" bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah 'buta huruf' juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan 'ophalomotologist' telah memperkenalkan perkataan 'Disleksia' (Hammond dan Hugges, 1996:3) "Disleksia ialah satu 'Disorder' dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek" (World Federation Of Neurology, 1968). Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah:-
  • Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan atau matematik
  • Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam bahasa
  • Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-tangan

APA ITU DISLEKSIA ?

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.


SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA ?

Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak.


JENIS-JENIS DISLEKSIA

Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :

Disleksia visual (penglihatan)

Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengingat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik.

Disleksia auditori (pendengaran)

Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori.

Disleksia visual-auditori

Kesukaran membaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio.


PUNCA-PUNCA DISLEKSIA

Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser, 1996, antara punca-punca disleksia ialah :

Keturunan atau genetik
Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang emngalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia disebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun.

Biologi
Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempeurnaan perkembangan. Sebahagaian daripada kerosakkan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosakan ini minimum.

Kematangan
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sistem saraf. Pada kebiasaannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak perempuan. Kelewatan kematangan pada kanak-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia.


CIRI-CIRI DISLEKSIA

Kanak-kanak pra-sekolah :
-Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
-Suka mengganti perkataan dan hiperaktif
-Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah
-Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari
-Tidak merangkak semasa bayi
-Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri
-Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap perkara baru dan suka bertanya banyak soalan kanak-kanak.


Sekolah Rendah :

6 hingga 9 tahun
-Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor.
-Menggunakan jari untuk mengira dan membaca
-Keliru dengan kiri dan kanan
-Tulisan cermin atau terbalik.


9 hingga 12 tahun
-Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman.
-Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan.
-Kesukaran menyalin meklumat dipapan putih atau buku teks.
-Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang.
-Kelihatan tidak terurus semasa berada di rumah atau sekolah.
-Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa.


Sekolah Menengah :
-Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten.
-Kesukaran menulis karangan.
-Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral.
-Kesukaran mempelajari bahasa lain.
-Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan.
-Jenis orang yang suka senyap.
-Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten.
-Kurang kemahiran bersosial.



MASALAH KANAK-KANAK YANG MENGHADAPI DISLEKSIA

Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakkannya adalah dalam proses pembelajaran.Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada ;

 Mengeja
Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk meyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka masa yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah punca daripada maalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti ;

m-wy-g-ju-nm-n

c-ep-qh-nb-d

Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti ;

t-hf-v


Membaca
Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kanak merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan diri. Mereka cenderung menterbalikan perkataan seperti :

Batu-tuba

Gula-lagu

Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dlam ayat. Contohnya seperti berikut :

pada masa yang sama - dapa masa yang masa

Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut :
Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu

Jam-jem

cat-cat


Menulis
Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik.


Bercakap dan mendengar
Terdapat juga diantara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau memperdulikan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklumat yang di[erolehi. Mereka juga tidak meakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.



Nombor
Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya sepertri berikut :

3 - 5 - 8

9 - 6


Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial
-Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut.
-Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh.
-Skop penglihatan yang terhad di mana  keliru antara depan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah serta pengamatan yang lemah.


LANGKAH-LANGKAH MEMBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA

-Membawa berjumpa dengan pakar psikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menaganinya.
-Membantu kanak-kanak memahami bahawa dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
-Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi.
-Sentiasa sabar melayani karena mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
-Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa.
-Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika.
-Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni.
-Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik.
-Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri.
-Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai dan syabas.





Wednesday 5 December 2012

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS TAHUN 2012 ( Edisi Terkini )


Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Murid telah mengeluarkan Surat Siaran Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas Tahun 2012 sebagi panduan yang jelas dalam melaksanakan Program Pemulihan Khas di sekolah dengan berkesan. Surat Siaran ini berkaut kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan. Surat Siaran tersebut iaitu KPM.BPKHAS.300-2/2/3(24) bth.29Oktober2012 berkuatkuasa mulai 29-10-2012. Bagi memudahkan Guru Pemulihan Khas, garis panduan ini boleh dicapai melalui internet di Portal Rasmi Bahagian Pendidikan Khas mulai 1 Disember 2012.



    PERANAN DAN TUGAS GURU PEMULIHAN

    Menurut Koh Boh Boon ( 1981 ), guru mestilah mempunyai kemahiran dan ini bergantung kepada :


    1. Kebolehan dan kecekapan guru dalam menjalankan pendidikan pemulihan 
    2. Kemahuan guru untuk mempelajari dan mencuba aktiviti-aktiviti pemulihan
    3. Bekerjasama dengan rakan-rakan sejawat dan guru besar dalam mencuba sesetengah aktiviti pemulihan yang dipelajari
    Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia dlam surat Pekeliling bertarikh 17 Mac 1986, Jilid v/(29) telah menyenaraikan beberapa peranan dan tugas guru pemulihan. Antaranya :

    1. Menjalankan kerja-kerja pemulihan
    2. Membantu guru-guru asas dalam hal-hal :
    • Mengenal pasti murid-murid lemah
    • Merancang dan menyediakan aktiviti
    • Mengatur jadual waktu pengajaran
    • Mengajar bersama-sama guru asas 
        3.   Berjumpa dan berbincang dengan guru asas, ibu bapa, doktor atau pegawai kebajikan dan pihak-
              pihak lain untuk mendapatkan maklumat tentang kelakuan, tabiat, kesihatan murid dan lain-lain.
        4.   Membuat penilaian dan merekodkannya. Isi rekod mengandungi perkara seperti kemajuan murid, 
              latar belakang murid, laporan kesihatan dan hasil-hasil temubual dan rujukan.
        5.   Menadi ahli jawatankuasa KBSR sekolah
        6.   Mengadakan bengkel di peringkat sekolah dan daerah 
        7.   Tugas-tugas lain

    CARA MENGESAN MURID-MURID YANG BERMASALAH PEMBELAJARAN

    Kumpulan Sasaran Pendidikan Pemulihan

    Pendidikan pemulihan dijalankan untuk menampung keperluan-keperluan murid di dalam kelas biasa yang menghadapi masalah-masalah berikut, bukan masalah kecacatan akal atau terencat akal :

    1) Masalah pembelajaran akibat :
         a) ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran guru
         b) sering tidak hadir ke sekolah
         c) cuai menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran
         d) leka dan lambat

    2) Masalah-masalah yang menghalang pembelajaran :
         a) masalah peribadi
         b) masalah psikologi
         c) kurang kecerdasan iaitu lambat berfikir, bertindak, cepat lupa, sukar memahami dan lemah pengamatan.


    Cara Mengesan

    A     Pemerhatian

    Guru boleh membuat pemerhatian secara tidak langsung dalam bilik darjah masing-masing. Guru boleh memerhatikan wajah murid-muridnya sama ada berwajah ceria, takut, sedih, takut, bingung dan sebagainya. Sekiranya wujud murid yang menunjukkan wajah yang bermasalah, guru perlu mengenal pasti masalah mereka lebih teliti dengan membuat pemerhatian secara berterusan dan berulang kali serta memerhatikan setiap perubahan yang berlaku.


    B     Penafsiran rekod prestasi

    Rekod prestasi ialah rekod yang menyimpan maklumat tentang pencapaian akademik murid, khususnya dari segi kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai pada sesuatu peringkat pembelajaran secara berterusan. Tujuan utama penyimpanan rekod-rekod ini adalah untuk membekalkan maklumat dan keterangan yang tepat dan lengkap tentang pencapaian murid-murid dalam kelas.


    C     Rekod profil

    Rekod profil ialah rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid-murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti di sekolah. Pencapaian ini ditunjukkan dengan menggunakan markah dan gred. Rekod ini mencatatkan prestasi murid-murid setiap penghujung semester. Biasanya catatan dibuat pada awal tahun, pertengahan tahun dan akhir tahun atau mengikut semester. Pencapaian dalam rekod ini berdasarkan satu ujian sumatif pada akhir setiap semester. Rekod profil yang disarankan dalam KBSR dan KBSM adalah bentuk senarai kemahiran, minat , bakat dan lain-lain yang tidak begitu formal bentuknya. Segala maklumat tentang murid-murid haruslah didasarkan kepada penilaian yang dibuat dalam bentuk pemerhatian yang dilakukan secara tidak formal. Walau bagaimanapun, ujian kertas dan pensel yang biasanya dibuat secara formal juga dilaksanakan.


    D     Ujian kertas dan pensel

    Ujian bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan secara tidak langsung menguji penguasaan bahasa murid. Ujian kertas dan pensel terdiri daripada ujian objektif dan ujian subjektif. Ini bermakna dalam sesuatu ujian, soalan-soalan itu memerlukan murid membaca, meneliti, mengkaji dan menulis jawapan.


    E     Temu bual dengan guru darjah

    Perbincangan dengan guru darjah dapat memberi maklumat tentang seseorang murid yang hendak dikenal pasti. Melalui temu bual dengan guru darjah atau guru mata pelajaranm kita boleh mendapatkan maklumat-maklumat seperti rekod kedatangan, ketepatan masa, pencapaian kerja akademik, ciri-ciri tingkah laku yang khusus dan perbezaan-perbezaan individu dalam kalangan murid-murid yang lain. Maklumat-maklumat ini dianalisis dan hasilnya akan dapat membantu guru mengesan masalah pembelajaran murid.


    F     Temu bual dengan ibu bapa

    Ibu bapa seharusnya bekerjasama dengan guru untuk memberi maklumat tentang masalah pembelajaran murid, terutamanya murid Tahun Satu. Melalui temu bual dengan ibu bapa, guru dapat mengetahui banyak maklumat contohnya tentang latar belakang keluarga, aspek kesihatan, pemakanan, kemudahan pembelajaran dan kemudahan asas yang lain di rumah, Dengan adanya maklumat ini, guru dapat mengenal pasti punca-punca masalah pembelajaran murid dan dpat merangka suatu perancangan yang berkesan untuk membantu murid-murid bermasalah.


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...