Pemulihan Khas

Thursday, 29 November 2012

SDV_0455.MP4-Murid Pemulihan Khas(Yap Kon You dari SJK C MALIM, Melaka.)

Tayangan video yang dirakamkan untuk murid Yap Kon You iaitu seorang murid pemulihan khas dari Tahun 3K ,SJK ( C ) Malim Melaka yang telah berjaya menjadi johan dalam Pertandingan Bercerita, Baca, Eja dan Kira Antara Sekolah Dalam Kelompok 4. Seterusnya telah menjadi wakil bagi Kelompok 4 untuk masuk ke Pertangdingan Bercerita, Baca, Eja dan Kira di Peringkat Akhir Antara Kelompok Melaka pada 31 Oktober 2012.




Custom Glitter Text
Persemabahan Tarian Tradisional telah dipersembahkan oleh murid-murid dari Persatuan Tarian SJK ( C ) Malim pada malam 12 November 2012, iaitu Hari Persembahan Budaya yang dilancarkan di Sekolah Menengah Pei Fong Melaka. Murid-murid dari Persatuan Tarian SJK ( C ) Malim sebelum ini telah mendapat pingat emas dalam Pertandingan Tarian Antara Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang dianjurkan oleh Persatuan Guru Besar Melaka di SJK ( C ) Ping Ming Melaka.

Thursday, 22 November 2012

KEJAYAAN MURID PEMULIHAN KHAS DALAM PERTANDINGAN BERCERITA, BACA, EJA DAN KIRA DI PERINGKAT AKHIR ANTARA KELOMPOK NEGERI MELAKA

Adik Yap Kon You berjaya menjadi Johan dalam Pertandingan Bercerita Antara Sekolah Dalam Kelompok dan sebagai wakil masuk ke Pertandinagn Bercerita Peringkat Akhir Antara Kelompok Di Dewan Bestari, Melaka.
Anak murid saya yang bernama Yap Kon You belajar dalam kelas Tahun 3K berjaya menjadi Johan dalam Pertandingan Bercerita Antara Sekolah dalam Kelompok 4 dan sebagai wakil memasuki Pertandingan   Bercerita Di Peringkat Akhir Antara Kelompok Negeri Melaka di Dewan Bestari, Melaka pada 31 Oktober 2012.  

Saya dan anak murid saya.


Saat-saat yang mengembirakan murid Yap Kon You



Virtual Pet Fish

Thursday, 15 November 2012

POSTER SEMINAR SERANTAU

Khusus untuk pelajar sarjana pendidikan khas yang ingin membentangkan hasil kajian anda di Seminar Serantau yang dianjurkan oleh UKM dengan kerjasama UNJ bertempat di Universitas Negeri Jakarta boleh berhubung dengan kami untuk pendaftaran. Yuran pembentangan yang dikenakan sebanyak RM150. Sekian, terima kasih....

HASIL MEWARNA OLEH PELAJAR PENDIDIKAN KHAS






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...