Sesiapa yang berminat boleh cetak borang-borang yang telah saya sediakan disini. Sebenarnya borang ini boleh didapati dalam buku Panduan Program Pemulihan Khas 2012.
Borang Pencalonan Kemasukan Ke Program Pemulihan Khas (Lampiran 3)
Profil Murid Pemulihan Khas (Lampiran 4)
Borang Pengumpulan Maklumat (Lampiran 5)
Rekod Prestasi Ujian Diagnostik (Lampiran 6)
Rekod Prestasi Individu (Lampiran 7)
Skor Ujian Saringan Bahasa Melayu (Lampiaran 8)
Skor Ujian Saringan Matematik (Lampiran 9)
Pages
- HOME
- BAHAN BACAAN
- LATIHAN BAHASA MALAYSIA
- LATIHAN MATEMATIK
- Koleksi Kraftangan Dari Youtube
- AKTIVITI
- LAGU
- VIDEO
- Sang Lamri dengan Burung Gagak
- Kucing dengan Burung Nuri
- Serigala dengan Penggembala
- Ayam Jantan dengan Musang
- Singa denganLembu Jantan
- Anjing dengan Tuannya
- Si Bangau
- Anak Tikus Melancong
- 天空之城吉他演奏曲
- 吉他
- 亦艺库
Thursday, 2 January 2014
Saturday, 28 December 2013
Saturday, 7 September 2013
e-Books Untuk Murid-murid Pemulihan Khas/ Program Linus
Marilah membaca
Klik pada sini.
Numerasi Bertulis
Siri Pra-Linus ini merupakan buku yang mengikut pendekatan yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu pendekatan belajar membaca dan menulis secara bersepadu dan menyeluruh.
Buku ini sangat sesuai digunakan oleh murid-murid Tahun 1 yang bakal menghadapi Ujian Saringan LINUS mahupun murid-murid yang bakal menjejaki kaki ke Tahun Satu sebagai persediaan untuk mereka menguasai literasi dan numerasi sebelum mengikuti pendidikan tersebut secara formal di sekolah.
**************************
Literasi Menulis
Klik pada sini.
Numerasi Bertulis
Klik pada sini.
LEMBARAN KERJA (PROGRAM LINUS)
*Meningkatkan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dalam kalangan murid-murid Tahap 1.
*Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang bentuk soalan yang terdapat dalam Instrument Literasi Menulis dan Instrument Numerasi Menulis Tahun 1.
Lembaran Literasi Menulis Bahasa Malaysia Tahun 1
Klik pada sini.
Lembaran Numerasi Bertulis Matematik Tahun 1
Klik pada sini.
Friday, 6 September 2013
Kuiz Suku Kata
Kuiz Suku Kata kvkv
Marilah mencuba, seronok belajar melalui kuiz suku kata. Selain bermain malah dapat menambah pengetahuan asas mengenai nama-nama objek di sekeliling kehidupan seharian kanak-kanak kecil dan murid pemulihan khas. Belajar mula dari yang mudah kepada yang lebih abstrak.
Di bawah ini telah disediakan beberapa kuiz untuk kanak-kanak bermain sambil belajar demi menimbulkan minat belajar kanak-kanak.
*Selamat mencuba*
Kuiz suku kata kvkv 1 ( Set 1 )
Monday, 4 March 2013
Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDP) dan Instrumen Senarai Semak Disleksia ( ISD )
( A ) Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran boleh dimuat turun dari sini.
INSTRUMEN PENGESANAN
( B ) Manual Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDP) boleh dimuat turunkan dari sini.
Manual Instrumen Pengesanan
( C ) Instrumen Senarai Semak Disleksia ( ISD ) juga boleh dimaut turun dari sini.
Contoh instrumen adalah seperti berikut :
( B ) Manual Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDP) boleh dimuat turunkan dari sini.
Contoh Manual adalah seperti berikut :
Manual Instrumen Pengesanan
( C ) Instrumen Senarai Semak Disleksia ( ISD ) juga boleh dimaut turun dari sini.
Contoh Instrumen Senerai Semak Disleksia adalah seperti berikut :
Rancangan Pengajaran Tahunan 2013
Bagi sesiapa yang memerlukan RPT Bahasa Malaysia 2013, boleh membuat pautan di bawah ini.
Contoh RPT BM 2013 adalah seperti berikut :
Thursday, 7 February 2013
Cara-cara Guntingan Kertas Beraneka Bentuk Untuk Hiasan Tahun Baru Cina
春字的剪法
工具/原料
正方形纸 、 铅笔 、 剪刀 、胶水 、 绳子
步骤方法
步骤一 : 准备好材料。
步骤二 : 取出正方形纸 , 把它折成如图所示的小正方形 。
步骤三 :把正方形纸幥开折成三角形 。
步骤四 : 取出铅笔在纸上画出 “春” 字模样 。
步骤五 : 把三角形对折之后用剪刀沿着铅笔的痕迹裁剪好 。
步骤六 : 裁剪好后 , 是不是可以看出 “ 春 ” 字的形状了 。
步骤七 : 我们把它打开, 就可以看到四个 “ 春 ” 字。
步骤八 : 取出绳子在顶点处固定好 。
步骤九 : 涂上胶水 , 然后靠拢 。
步骤十 : 我们的 “ 春 ” 字剪纸教程完成了 。 红彤彤的颜色很喜气 。
下一篇 : 纸花的做法-教你制作牡丹花
Tuesday, 29 January 2013
DOWNLOAD | Buku Panduan Pengajaran & Pembelajaran Matematik Program Pemulihan Khas 2013
Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Program Pemulihan Khas ini telah diterbitkan oleh Unit Pemulihan Khas, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia buat julung kalinya pada tahun 2012 untuk kegunaan guru-guru Pemulihan Khas.
DOWNLOAD | Buku Panduan Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Melayu Pemulihan Khas 2013
Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu ProgramPemulihan Khas ini telah diterbitkan oleh Unit Pemulihan Khas, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia buat julung kalinya pada tahun 2012untuk kegunaan guru-guru Pemulihan Khas.
DOWNLOAD | Buku Lembaran Kerja Bahasa Melayu dan Matematik Program Pemulihan Khas 2012
Buku Lembaran Kerja Bahasa Melayu dan Matematik ini diterbitkan bersama dengan buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dan Matematik Program Pemulihan Khas pada tahun 2012. Ia diterbitkan oleh Unit Pemulihan Khas, Bahagian Pendidikan Khas, KPM.
Lembaran kerja Bahasa Melayu yang disediakan terdiri daripada 32 kemahiran ditambah satu lagi kemahiran pratulisan dan prabacaan. Ia mengandungi 122 muka surat.
Manakala lembaran kerja Matematik pula terdiri daripada tajuk-tajuk seperti pranombor, konsep angka, nombor hingga 100, operasi tambah/tolak/darab/bahagi, masa dan waktu, wang, penyelesaian masalah. Ia mengandungi 157 muka surat. Untuk download buku-buku ini, sila lihat pautan di akhir entri.
Klik pautan berikut untuk muat turun fail:
Tuesday, 1 January 2013
Sunday, 30 December 2012
DOWNLOAD | Buku Panduan dan Pengoperasian Program LINUS
Buku Panduan dan Pengoperasian Program LINUS penting untuk rujukan guru LINUS dan juga guru Pemulihan sebagai panduan dalam mentadbir dan melaksanakan program LINUS.
Antara isi kandungan buku ini ialah:
Latarbelakang program LINUS
Peranan FasiLINUS, guru LINUS, guru Pemulihan
Dokumentasi (Fail yang perlu disediakan)
Jawatan kuasa
Carta Alir
Contoh borang dan laporan
(Klik untuk muat turun)
Peranan atau Tugas Guru LINUS dan Guru Pemulihan Berdasarkan Buku Panduan dan Pengoperasian Program LINUS
Berdasarkan Buku Panduan dan Pengoperasian Program LINUS yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, edisi cetakan pertama 2011, guru LINUS & guru pemulihan berperanan seperti berikut:
Peranan Guru Pemulihan
Peranan Pentadbir Sekolah
Peranan Guru LINUS
- Melaksanakan kursus dalaman kepada semua guru setiap kali berkursus.
- Melaksanakan saringan bagi Lisan dan Bertulis dalam tempoh yang ditetapkan.
- Mengumpul data bagi mengenal pasti murid LINUS tegar, LINUS dan arus perdana.
- Mentadbir kelas dengan baik dan sesuai dengan tahap keperluan murid.
- Mengadakan perbincangan dengan FasiLINUS untuk penambahbaikan dalam pelaksanaan program LINUS.
- Mengisi data selepas setiap kali saringan ke portal NKRA secara atas talian mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
- Mencetak dan menfailkan data yang telah diisi di portal NKRA.
- Sentiasa mendalami kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
- Menjadi ahli jawatankuasa LINUS sekolah.
Peranan Guru Pemulihan
- Melaksanakan saringan bagi Lisan dan Bertulis dalam tempoh yang ditetapkan bersama-sama guru LINUS.
- Membantu guru LINUS dalam menyediakan media pengajaran.
- Merancang jadual waktu dan aktiviti untuk murid LINUS tegar dan murid pemulihan.
- Mengajar murid LINUS tegar.
- Menjadi ahli jawatankuasa program LINUS di sekolah.
Peranan Pentadbir Sekolah
- Mengenal pasti dan menentukan guru LINUS.
- Membentuk dan melantik jawatankuasa kerja LINUS di sekolah dan dipaparkan di papan kenyataan.
- Menyediakan fail-fail pengurusan LINUS.
- Membuat perancangan tahunan.
- Memastikan saringan LINUS dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.
- Memastikan dan mengesahkan data penguasaan murid/keputusan setiap saringan dimasukkan ke dalam portal NKRA mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
- Memantau pelaksanaan program LINUS dan menjalankan tindakan susulan untuk penambahbaikan.
- Memberi motivasi kepada guru LINUS dan guru pemulihan.
- Memastikan guru LINUS dan guru pemulihan menggunakan modul LINUS yang dibekalkan oleh KPM.
- Bekerjasama dengan ibubapa/PIBG dalam memberi kesedaran, maklumat dan kepentingan program LINUS.
- Mencerap pelaksanaan PdP guru LINUS dan guru pemulihan.
Friday, 14 December 2012
Teras Bacaan
Saya ingin berkongsi dengan anda semua sebuah blog yang banyak membantu saya untuk mengajar anak murid dari kelas pemulihan khas saya cepat membaca. Blog itu ialah blog Teras Bacaan di sini terdapat banyak bahan yang boleh kita paut turun untuk dijadikan BBM sama ada untuk kelas LINUS, Prasekolah mahupun Kelas Pemulihan. Bahan yang disediakan mudah difahami dan menarik. Antara bahan yang saya sering gunakan ialah BUKU TERAS BACAAN di bawah ini...
Kepada mana-mana guru yang mempuyai murid bermasalah untuk membaca bolehlah cuba gunakan bahan dari blog ini. Semoga usaha kita dapat mengatasi masalah membaca di kalangan murid-murid kita.
Bacalah Sayang
Buku bacalah sayang dari Kementerian Pendidikan boleh dipaut turun dari sini, terdapat dua buku Bacaan Sayang yang mengandungi petikan cerita pendek dengan tulisan berwarna mengikut suku kata serta beberapa soalan pemahaman yang mudah. Buku ini sesuai untuk murid pemulihan khas.
Ini adalah muka hadapannya.
Isi kandungannya adalah seperti di atas.
Bagi yang berminat boleh paut turun dengan klik dari sini .
Manakala sebuah lagi buku membolehkan murid menyebut suku kata dan seterusnya membatangkan perkataan berdasarkan gambar. Setiap suku kata ditulis dengan warna yang berbeza untuk memudahkan murid menyebutnya. Buku ini sesuai untuk murid pemulihan khas.
Ini adalah muka hadapannya.
Ini adalah isi kandungan buku tersebut.
Sesiapa yang berminat bolehlah paut turun dengan klik dari sini .
Saya berharap perkongsian yang tak seberapa ini boleh membantu anda semua.
BBM Pemulihan : Suku Kata VKV dan KVK
Bahan Bantu Mengajar ini boleh digunakan dalam waktu pengajaran dan pembelajaran, ia amat menarik minat murid-murid. Jadi sesiapa yang hendak paut turun, bolehlah pilih mengikut kesukaan anda semua dengan klik link dibawah :
Belajar Pribahasa Dengan Video Animasi
Hari ini saya ingin berkongsi dengan semua tentang Laman Ruangan Multimedia DBP yang mengandungi banyak bahan yang boleh kita gunakan sebagai bahan bantu mengajar bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan juga untuk P&P bagi kelas pemulihan khas. Di laman ini banyak terkandung pelbagai video animasi yang sesuai untuk kanak-kanak belajar bahasa melayu terutamanya peribahasa. Antaranya seperti gambar dibawah.
Cerita-cerita peribahasa yang berkaitan dengan ayam.
Setiap cerita akan disertakan dengan pelbagai aktiviti untuk murid seperti penerangan tentang perbendaharaan kata yang terdapat pada cerita, kiuz yang berkaitan dengan cerita, permainan dan cenderamata.
Permainan yang disediakan untuk murid.
Kuiz untuk menguji kefahaman murid-murid tentang cerita yang ditonton.
Semoga dengan sedikit informasi ini dapat mambantu anda semua.
Thursday, 13 December 2012
Permainan Bahasa dan Matematik
Di sini disertakan beberapa permainan bahasa dan matematik secara talian untuk murid-murid, ia sesuai dimainkan apabila murid-murid berasa bosan setelah belajar dalam masa yang lama. Malah ia merupakan aktiviti yang sesuai dan berfaedah untuk mengisi masa lapang murid, murid akan berasa seronok semasa menjalankan permainan ini. Memandangkan kanak-kanak kini lebih gemar bermain sambil belajar, harap permainan bahasa ini dapat membantu anda semua.
1. Permainan Kata Ganti Nama Diri secara online:
2. Permaianan Kata Nama secara online :
P&P Matematik lebih menarik jika guru menyelitkan permainan yang bersesuaian. Mari kita lawati laman web yang dipautkan disini untuk mencubanya.
1.
7. Plus_Plus
***Selamat Mencuba dan Selamat Bermain***
Subscribe to:
Posts (Atom)
























.jpg)






