Monday 21 January 2019

Contoh RPH Pemulihan Khas Negeri Melaka Tahun 2019

Contoh RPH BM

Contoh RPH MT SJKC

Contoh RPH MT SK


RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PEMULIHAN KHAS MELAKA TAHUN 2019

Rancangan Pengajaran Tahunan untuk guru-guru pemulihan khas negeri Melaka sahaja yang telah diselaraskan. Hanya guru-guru pemulihan khas dari negeri Melaka sahaja boleh menggunakan RPT ini. Harap ia dapat membantu dan diaplikasikan dengan betul oleh guru-guru pemulihan khas dari negeri Melaka.



RPT PEMULIHAN KHAS BM

RPT PEMULIHAN KHAS MT SK

RPT PEMULIHAN KHAS MT SJKC




Tuesday 17 July 2018

LATIHAN UNTUK MENGULANGKAJI IPP2M DAN IKAM

LATIHAN UNTUK MENGULANGKAJI IPP2M DAN IKAM

Latihan ini boleh membantu murid pemulihan membuat ulang kaji sebelum menjalankan ujian IPP2M dan IKAM. Guru pemulihan boleh klik ikon di bawah untuk mencapainya.

Latihan mengulangkaji IPP2M
Latihan mengulangkaji IPP2M 1

Latihan mengulangkaji IKAM

Wednesday 4 January 2017

CD Tahun 2014 dari UPK JPM

Bahan dalam CD untuk kelas pemulihan khas dari JPM

Bahan-bahan dalam kandungan CD ini adalah untuk guru-guru pemulihan khas negeri Melaka. Bahan-bahan ini semua disalurkan oleh UPK JPM. Harapnya dapat membawa sumbangan kepada guru-guru pemulihan dan murid-murid pemulihan khas.

Kandungan yang terdapat dalam CD ini ialah :



3. IPP2M

4. IKAM



Wednesday 29 June 2016

PENYEBARAN AGAMA KRISTIAN DI PERKAMPUNGAN AYER SALAK

Fr Ng Jin Lung

Pendahuluan
Gereja Ayer Salak Melaka memulakan ajaran agama kristian pada tahun 1848, pada masa itu pengajaran agama kristian dilakukan  oleh para mubaligh dari Pertubuhan Misionari Perancis, Paris (Society of Foreign Missions of Paris) dengan berusaha keras demi untuk menaburkan benih-benih iman katholik. Pada asalnya ia merupakan sebuah stesen penyebaran agama kristian di perkampungan kecil yang terdiri daripada penduduk orang asli, kini telah berubah menjadi sebuah perkampungan beragama kristian yang ditinggal oleh penduduk yang kebanyakkannya terdiri daripada keturunan cina dan orang asli.
1.0  PENYEBARAN AGAMA KRISTIAN KE MELAKA
Penyebaran agama kristian adalah dimulakan dari Melaka oleh orang portugis ke seluruh Tanah Melayu. Pada 24 Ogos tahun 1511, seramai 8 orang paderi telah tiba ke Melaka iaitu terdiri daripada seorang  pastor(deacon), seorang paderi Dominican dan enam orang paderi Franciscan; malah juga diiringi oleh seramai 150 hingga 200 orang tentera portugis dan pekerja-pekerja buruh, pedagang-pedagang serta kira-kira seramai 300 orang portugis yang berkahwin dengan orang tempatan. Maka terdapat kira-kira seramai 500 orang yang telah beragama kristian pada awal ketibaan orang portugis ke Melaka.
Kekuasaan Eropah pada abab ke 17, selain  dari Portugal dan Spanyol merupakan penguasaan lautan yang berkuasa, Britain, Perancis dan Belanda juga tidak ketinggalan. Pada tahun 1641, seramai 1500 orang tentera Belanda telah bergabungan dengan tentera melayu Johor iaitu seramai 600 orang sama-sama menyerang Melaka, akhirnya menamatkan pemerintahan orang portugis.
Tahun 1779,  akibat penyebaran agama kristian di Indo-China mengalami kesukaran, maka sebilangan besar para mubaligh dari Paris (MEP Fathers) terpaksa meninggalkan Indo-China dan bergerak ke selatan, tiba ke negeri-negeri selat iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura untuk meneruskan penyebaran agama kristian. Kedatangan mereka telah membuka pintu penyebaran agama kristian di kawasan setempat yang belum pernah dimulakan. 
Disebabkan perubahan keadaan ini, Archbishop Pope Gregory XVI ( 1831-1846 ) demi memastikan penyebaran agama kristian dilakukan dengan berkesan, maka tahun 1841 “Apostolic Vicariate  of Siam” di Tanah Melayu bertukar menjadi “Apostolic Vicariate of Malay Peninsula”, tanggungjawab ke atasnya telah diserahkan kepada mubaligh di Paris. Bishop yang pertama ialah Mgr. Courvezy, MEP, beliau tinggal di Pulau Pinang.
Pada masa itu, terdapat kira-kira seramai 2000 orang penganut agama kristian di Melaka, disebabkan Melaka merupakan lokasi menarik pedatang asing. Maka hal-hal di Gereja St. Peter , beberapa gereja kecil dan sebahagian besar orang portugis di Maleka diuruskan oleh ulama portugis. Malah juga menjadi tempat tumpuan mubaligh-mubaligh daripada Pertubuhan Misionari Perancis, Paris dan hanya kira-kira 300 orang penganut bukan keturunan portugis menjalankan perkhidmatan.   Pengambil alih hal ehwal Pertubuhan Misionari Perancis yang baru, bergiat aktif dalam meneroka pembukaan lokasi dakwah yang baru, terutamanya di kawasan luar bandar Melaka dan hutan.
Selepas dua tahun berkerja keras, pada tahun 1844 Pertubuhan Misionari Perancis telah menubuhkan sebuah stesen penyebaran agama kristian di muara sungai Melaka. Sejak mula dari tahun 1845, mubaligh dari Pertubuhan Misionari Perancis iaitu Fr. Pierre S. L. Favre, MEP telah memasuki kawasan hutan : antara kawasan singapura dan Melaka, pertengahan pusat pergunungan di bahagian barat , cuba berhubung dengan penduduk orang asli(Mantras) yang tinggal lebih kurang 60km hingga 90km di selatan Melaka, untuk mengenali kehidupan dan adat resam , juga cuba menyebarkan injil kepada mereka.


2.0  PENYEBARAN AGAMA KEPADA PENDUDUK ORANG ASLI
Tahun 1847, bishop Mgr. Bousho, MEP berkeputusan mendirikan mazhab katholik dalam persekitaran hutan asli Semenanjung Malaysia setelah menerima laporan siasatan dari Fr. Pierre S.L. Favre, juga melantik Fr. Pierre Henri Borie, MEP bertanggungjawab menyebarkan agama kiristian kepada penduduk orang asli di sana, bagi meneruskan perkembangan kerja yang telah dilakukan oleh Fr. Pierre S.L. Favre, MEP.

Fr. Pierre Henri Borie, MEP tiba ke Melaka pada tahun 1847, bersama-sama dengan Fr. Pierre S.L. Favre, MEP menjalankan kerja-kerja pengurusan hal-hal penduduk orang asli. Mereka sama-sama masuk ke kawasan pendalaman hutan, sehingga sampai ke Gunung Ledang dan Segamat. Pada bulan Ogos dan September dalam tahun yang sama mereka juga telah mengembara seluruh kawasan Negeri Sembilan iaitu Johol, Rembau, Sungai Unjong dan Jelebu.

Di bawah panduan dari dua orang melayu dan ditemani oleh dua orang kawan keturunan cina, Fr. Pierre Henri Borie, MEP menjalankan satu lawatan mengejut, lawatan mengejut ini telah memberi satu gambaran yang baik kepada penduduk orang asli di sana, beliau juga berasa senang hati akan perbuatannya itu.

Semasa dalam pejalanan balik ke Melaka dari perkampungan orang asli, Fr. Pierre Henri Borie, MEP telah meninggalkan seutas rantai Santa Maria di sepohon pokok besar, beliau menyerahkan perkara mengenai penduduk orang asli yang baru menganut agama kristian ini ke dalam  tangan Santa Maria. Dalam catatan buku beliau telah menyatakan bahawa :
“ ……semasa saya melalui sebuah hutan yang baru dibuka, saya telah memerhatikan sepohon pokok yang besar. Tanpa diketahui sesiapa, saya telah meletakkan seutas rantai Santa Maria di sana, dan berdoa ; “Oh! Santa Maria, ibu saya yang mulia, saya anggap kamu adalah ibu maharani kepada penduduk orang asli, jadikanlah mereka sebagai diri mu , dan sebagai anak mu Yesus.”Selepas itu, saya telah mengulanginya ulang kali, saya percaya salain daripada tuhan, Ibu Santa Maria juga akan memainkan peranan yang penting ke atas penduduk orang asli yang telah beragama kristian.”

Setelah membuat lawatan beberapa kali, serta pembukaan hutan yang berterusan, sehingga tahun 1848 bulan Januari, Fr. Pierre Henri Borie, MEP mendapati peluang keemasan sudah tiba untuk menubuh sebuah mazhab kristian penduduk orang asli di Rumbia(Melaka) yang ditinggal oleh beberapa buah keluarga penduduk orang asli di sana dengan menamakannya “Dusun Maria”. Beliau juga telah mendirikan sebuah gereja yang dibina dari atap rumbia. Inilah gereja pertama yang didirikan di Ayer Salak sebagai zon Santa Maria. 14 Disember 1848 Mgr. Boucho, MEP pertama kali memantau ke mazhab tersebut di Rumbia dan juga telah melawat ke 23 buah rumah penduduk orang asli untuk dibaptiskan.

Pada tahun yang kedua, 16 Januari 1849 Fr. Pierre Henri Borie, MEP sekali lagi membuat dibaptis kepada beberapa penduduk orang asli. Sehingga tahun 1851, bilangan orang dari penduduk orang asli yang telah dibaptis telah mencapai sebanyak 88 orang.

Fr. Pierre Henri Borie, MEP pulang ke Perancis untuk menerima rawatan doktor atas sebab-sebab kesihatan. Urusan kerja beliau diambil alih oleh Fr. Ambroisa Maistre, MEP dan Fr. Le TUrdu, MEP, maka Fr. Ambroisa meneruskan pembinaan gereja yang telah dirancangkannya.

Fr. Pierre Henri Borie, MEP balik semula ke Melaka pada bulan Mac 1853, beliau sangat gembira melihat adanya peningkatan bilangan penganut Katolik, pada masa itu juga beliau telah meminta bishop hantar seorang rakan untuk bersamanya , bishop pun menghantar Fr. Jean Contant, MEP ke sana. Tidak lama kemudian, Fr. Pierre Henri Borie, MEP sekali lagi jatuh sakit, beliau terpaksa tinggal dari mazhab dan beliau telah dihantar ke Pulau Tikus untuk berkhidmat dan bertanggungjawab ke atas pertubuhan persatuan agama katolik di sana oleh bishop.

Januari 1854 bishop telah menghantar Fr. Bourrelier, MEP untuk menggantikan tempat dan kerja Fr. Pierre Henri Borie, MEP di sana. Perkembangan kerja-kerja dakwah yang dilakukan oleh Fr. Bourrelier dan Fr. Jean Contant, MEP telah meningkatkan bilangan orang penganut katolik. Mereka juga telah menubuhkan dua buah sekolah iaitu sebuah sekolah murid lelaki dan sebuah sekolah murid perempuan.

Adanya kemajuan yang pesat dalam kerja-kerja dakwah di “Perkampungan Maria” , maka adanya keperluan menubuh sebuah mazab lagi. Fr. Jean Contant, MEP menubuhkan sebuah mazhab penduduk orang asli lagi yang tidak jauh dari “Perkampunagn Maria” dengan berjalan kaki kira-kira selama satu jam ke Ayer Merbau. Pada masa itu telah ada sebanyak 25 hingga 30 buah rumah penduduk orang asli tinggal di sana.
Selepas satu tahun, Fr. Bourrelier, MEP telah meninggal dunia akibat jangkitan penyakit, beliau meninggal dunia pada usia 31 tahun. Walaupun kebanyakkan mubaligh-mubaligh yang membuat kerja-kerja dakwah terdiri daripada golongan muda, tetapi mereka tetap sukar merintangi dari penyakit hutan hujan tropika, lalu jatuh sakit satu demi satu . Fr. Dastugue, MEP adalah pembantu awal FR. Pierre S.L. Favre, MEP telah meninggal dunia pada tahun1849, ketika itu berusia 30 tahun. Pada tahun 1869 Fr. Charles Desbons, MEP telah membantu melakukan kerja-kerja dakwah di Ayer Salak, beliau meninggalkan tempat tersebut selepas dua tahun kemudian. Beliau dihantar ke Singapura untuk bertugas di sana, kemudian balik semula ke Melaka dan pada tahun 1876 beliau meninggal dunia pada berusia 34 tahun. Fr. Jean Contant, MEP yang berada di Mazhab penduduk orang asli yang didirikan di Ayer Merbau pula meninggal dunia ketika usianya hanya 39 tahun.

Manakala Fr. Pierre Henri Borie, MEP lebih bernasib baik jika dibandingkan dengan rakannya yang lain, setelah membuat rawatan dan rehat setahun, beliau pulang semula ke mazhab pada 23 Disember tahun 1855. Dua buah sekolah yang ditubuhkan oleh beliau merupakan satu kebanggaan baginya. Penduduk orang asli boleh mendapatkan makanan dan pakaian dari Mazhab malah juga telah menyediakan pengajaran kepada mereka untuk belajar membaca dan menulis serta ada juga sesetengah pelajar belajar matematik di sana.

Mereka bolah menyanyikan lagu (Latin) sewaktu Mass, juga belajar beberapa buah lagu Perancis dan Melayu. Kebanyakan pelejar perempuan boleh membuat kerja jahitan dengan elok. Sehingga tahun 1857, 370 orang penduduk orang asli yang sudah dibaptiskan, antaranya didapati 65 orang telah meninggal dunia.

Fr. Pierre Henri Borie, MEP dan rakannya yang lain, walaupun telah menjalankan kerja-kerja dakwah untuk penduduk orang asli telah menampakkan kemajuan akan tetapi masih tetap menghadapi masalah peninggalan ahli katholik dari penduduk orang asli. Beliau telah menulis pendapatnya mengenai perkara ini di “Perkampungan Maria” pada 1 November 1857.
“Sesetengah keluarga penduduk orang asli meninggal dari sebagai ahli katholik disebabkan oleh faktor individu, akan tetapi kebanyakannya tetap sebagai ahli katholik dan beriman kepada kepercayaan. Walaupun kerja-kerja dakwah kelihatan tidak mempunyai sambutan hangat tetapi mazhab lebih mendapat sambutan hangat dari orang ramai jika dibandingkan dengan di Indo-China dan di Siam.”

“Penduduk orang asli katholik ini telah meninggalkan tingkah  laku karut, kepercayaan adat resam orang asli dan pengajaran dari luar. Mereka telah menanamkan iman katholik dalam kehidupan seharian mereka. Ini telah menonjolkan diri mereka lebih berbudaya, berpengetahuan dan berkeyakinan. Malah mereka telah mula bercucuk tanam, menanam pokok-pokok dan memerihara binatang.”

“Hanya satu masalah yang dihadapi oleh mereka ialah tidak biasa dengan kerja bercucuk tanam. Akibat dari pembukaan hutan menjadikan mereka terpaksa pindah jauh dari mazhab. Maka untuk mengajar penduduk orang asli menjalankan kerja bercucuk tanam dianggap sebagai usaha kerja yang perlu dilakukan bagi mengekalkan penempatan mereka di sana lebih lama, malah memudahkan kerja dakwah dilakukan untuk menguatkan iman mereka dan tepat pada masanya untuk menyediakan perkhidmatan bimbingan dan nasihat untuk mereka.


3.0  KEMAJUAN PERKAMPUNGAN AYER SALAK
“Perkampungan Maria” telah menjadi satu tempat yang popular hingga menarik ramai pengunjung datang ke sana. Setiap tahun, Hari Yesus, lebih menampakan dipenuhi dengan orang ramai, antaranya terdiri daripada penganut agama kristian, orang cina, orang India, orang yang tinggal di Melaka dan pengunjung yang lalui Melaka. Mereka berharap dapat menyertai bersama “kumpulan berdoa” sebelum Mass penduduk orang asli dijalankan.

Kemudian, “Perkampungan Maria” yang merupakan sebahagian tanah dalam lokasi Rembia yang dibeli oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris telah diberikan kepada pedagang cina Encik Tan Kim Seng untuk memperkembangkannya. Oleh kerana Fr. Pierre Henri Borie, MEP gagal mendapat geran “ Perkampungan Maria” sebagai hak milik, maka beliau bercadang melepaskannya. Akan tetapi beliau mendapat persetujuan daripada Gabenor Mr. Blundell, boleh mencari kawasan yang baru di hutan sebagai pertukaran.

Tidak lama kemudian, Fr. Pierre Henri Borie, MEP dapat mencari suatu tempat baru di kawasan hutan iaitu di bahagian utara Ayer Merbau yang kini dikenali sebagai Ayer Salak. Mengikut penerangan yang diberikan oleh Fr. Pierre Henri Borie, MEP bahawa maksud Ayer Salak ialah sungai kecil di bawah pokok Salak (Salak’s palm stream).

Syarikat Hindia Timur Inggeris bersetuju dengan 1000 ekar keluasan tanah Ayer Salak dijadikan sebagai pertukaran. Akan tetapi 500 ekar keluasan tanah tersebut diambil balik semula.  Pada mulanya Fr. Pierre Henri Borie, MEP membeli sebidang ladang di Ayer Salak sebagai tempat tinggal sementara untuk diri sendiri dan penduduk orang asli. Kemudia beliau membina sebuah gereja atap iaitu gereja St. Marry (St Marry Church), sebuah rumah untuk tempat tinggal paderi dan dua buah sekolah di Ayer Salak, sekolah tersebut mempunyai seramai 35 orang pelajar.

Kerja-kerja penempatan semula adalah tidak mudah dan sukar, kerja-kerja penempatan semula kampung keseluruhannya dikira selesai iaitu mulai tahun 1860 hingga 1864, Fr. Pierre Henri Borie, MEP pun menamakannya sebagai “Maria Pindah”, maksudnya ialah “ Maria yang suci, sebagai ibu dan maharani sama-sama telah berpindah bersama kami”.

Gabenor baru iaitu General Cavagnac mula menjalankan tugas pada 6 ogogs 1859 hingga 16 Mac 1867. Pada kali pertama beliau membuat pemantauan di Melaka, juga telah tiba ke Ayer Salak untuk mengenali keadaan mazhab penduduk orang asli di sana.
General Cavagnac telah membuat lawatan ke gereja, tempat tinggal paderi, dua buah tempat tinggal penduduk orang asli dan dua buah sekolah. Kanak-kanak penduduk orang asli berbaris menunggu kehadiran beliau dan mereka telah menggunakan bahasa Melayu, bahasa Latin dan lagu-lagu Perancis menyambut kedatangan General Cavagnac. General Cavagnac berasa puas hati akan kebolehan semua kanak-kanak penduduk orang asli ini menggunakan bahasa Melayu dalam bacaan, penulisan dan pengiraan. Beliau juga telah membuat lawatan ke tempat pelajar perempuan membuat kerja-kerja jahitan.

Semasa General Cavagnac sampai ke tempat tinggal paderi, beliau mengucapkan taniah atas usaha Fr. Pierre Henri Borie, MEP dan menyatakan bahawa beliau akan memeberi sebarang pertolongan jika Fr. Pierre Henri Borie, MEP ingin meminta pertolongan daripadanya. Fr. Pierre Henri Borie pun menyatakan secara ringkas akan masalah yang dihadapinya kepada General Cavagnac iaitu beliau masih belum mendapat geran tanah Ayer Salak (Pemilik sepenuh)

General Carvagnac rasa tidak puas hati dengan kata-kata  Fr. Pierre Henri Borie lalu menyatakan bahawa beliau dilantik sebagai gabenor dan tidak beranggapan boleh mengubah keputusan yang telah dibuat oleh gabenor sebelumnya. Sebelum perpisahan, kata-kata General Cavagnac tidak lagi begitu tegas, sambil berjabat tangan dengan Fr. Pierre Henri Borie sambil menukar cara percakapanya : “ Father, selamat tinggal, sila kirimkan memorandum itu kepada saya!”

Selepas satu bulan, memorandum tersebut ditulis dengan teliti oleh Fr. Pierre Henri Borie dan meminta Fr. Beural, MEP menterjemahkannya dari bahasa Perancis ke bahasa Inggeris.

Dalam memorandum tersebut,  Fr. Pierre Henri Borie telah menceritakan sejarah dan evolusi keseluruhannya secara terperinci, malah menyatakan ketidakpuasan beliau terhadap soalan yang dikemukakan oleh gabenor Mr. Blundell iaitu yang terdahulu kerana beliau tidak terfikir bahawa beliau telah mengeluarkan wang dan tenaga dan akan kesusahannya ketika membuat pembukaan hutan.

Selepas beberapa bulan, memorandum ini membawa berita yang mengembirakan iaitu General Cavagnac telah membenarkan geran tanah ( pemilik sepenuh) dijadikan hak milik kekal(pemilik sepenuh) tanpa bayaran. Fr. Pierre Henri Borie berasa gembira akan usahanya itu, beliau berkata :

“Setelah mendapat geran tanah(pemilik sepenuh) hak milik kekal bagi mazhab penduduk orang asli, dalam masa ini bermakna mendapat jiwa dan pemikiran yang tenang, pada masa hadapan mempunyai pelindungan.”


4.0  PARA MUBALIGH DIKEBUMIKAN DI DALAM GEREJA
Walaupun gereja mempunyai tempatetapi masih terdapat sebilangan penduduk orang asli masih tidak dapat membiasakan diri dengan keadaan kawasan baru, masing-masing telah membuat perpindahan ke tempat lain. Selepas 10 tahun membuat kerja penempatan ke kawasan baru iaitu selepas tahun 1870, hanya 360 orang penduduk orang asli yang tinggal di Ayer Salak.

Selepas beberapa tahun, Mgr. Gasnier, MEP telah dilantik sebagai bishop “ Apostolic Vicariate of Malay Peninsula ” dan terus berkhidmat sebagai bishop bagi “Diocese of Malacca” selama 18 tahun. (1878 – 1896)

Pada tahun 1888, beliau telah menulis satu laporan kepada Holy See iaitu “Laporan Penyebaran Iman” (kini dinamakan “Laporan penginjilan semua penduduk”). Dalam laporan tersebut telah menyatakan bahawa  perkara berlalu iaitu kerja-kerja dakwah yang dilakukan oleh Fr. Pierre Henri Borie, MEP untuk penduduk orang asli, dan beliau juga telah menjalankan analisis :

“Kesihatan Fr. Pierre Henri Borie, MEP telah terjejas ketika melakukan kerja-kerja dakwah beberapa tahun untuk penduduk orang asli, akan tetapi kerja-kerja dakwah yang dilakukan oleh beliau masih belum mendapat keberhasilan. Beliau percaya bahawa dengan iringannya dengan anak-anak muda penduduk meninggalkan hutan dan diberi 600 lebih orang penduduk orang asli dibaptis. Walau mereka telah mengekalkan iman masing-masing, akan tetapi mereka tetap kembali semula ke dalam hutan, kerana mereka masih belum bersedia untuk menerima budaya dan tamadun baru. Oleh yang demikian, kita jangan kehilangan keberanian, kita perlu dengan perasaan bersabar ke tempat mereka, kerana mereka tidak ingin ke tempat kita.”

“Mungkin masih perlu menunggu sehingga selepas dua generasi, kita perlu menghormati cara kehidupan nomad mereka, pada segala perkara , yang pentingnya ialah hidup bersama dengan mereka, mengikut cara hidup mereka……”

Fr. Pierre Henri Borie, MEP bukan sahaja telah berusaha menjalankan kerja-kerja di Ayer Salak, beliau juga pernah beberapa kali ke kawasan berdekatan dan juga tempat yang jauh di hutan untuk mencari dan melawat penduduk orang asli. Dalam buku beliau telah menyatakan bahawa beliau bersama dengan Fr. Paris, MEP pada 11 Julai 1864 bertolak dari Singapura dalam masa 14 hari mengembara seluruh tempat di Johor. Akan tetapi cara-caranya menjalankan kerja-kerja dakwah langsung tidak mendapat persetujuan dari Bishop MGR. Bouch, MEP, maka ini menjadi tekanan baginya semasa menjalankan kerja-kerja dakwah.
Pada tahun 1871, Fr. Ludovic J. Galmel, MEP mengambil alih Ayer Salak dan menjadi paderi gereja sana. Beliau bersama dengan paderi sebelumnya iaitu Fr. Pierre Henri Borie, MEP


5.0  JJJ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...