Kucing dengan Burung Nuri

Kucing dengan Burung Nuri


   
     Pada suatu hari, tuan rumah kucing telah membeli seekor burung nuri. Burung nuri itu diperiharanya di dalam sangkar.

     Tuan rumah amat menyayangi burung nuri itu. Setiap hari selepas makan, dia akan bermain dengan burung nuri itu sambil mendengar nyanyiannya yang merdu itu.

     Dia memberi burung nuri makanan yang lazat-lazat. Di samping itu, dia sering memandikan dan mengusap-ngusap pelepah burung kesayangannya itu dengan lembut.

     Kucing yang dipelihara oleh tuan rumah itu berasa iri hati. Ia pun memarahi burung nuri. " Setelah sekian lama bertungkus-lumus menangkap tikus, aku hanya diberikan tulang ikan sahaja, malah sering dipukul oleh tuan rumah. "

     "Kamu yang tidak perlu bekerja dan hanya tahu menyanyi sahaja lebih disayangi tuan rumah. Tidak adil ! Langsung tidak adil kepada diri saya ! " sambung kucing.

     Nuri pun menjawab, " Sebenarnya kamulah yang beruntung kerana bebas, sedangkan aku terkurung di dalam sangkar ini. Adakah kamu sudi menikmati kemewahan tanpa kebebasan ?

     Setelah mendengar kata-kata nuri, barulah kucing sedar bahawa ia lebih beruntung dan bahagia berbanding dengan nuri.



Selesaikan soalan berdasarkan cerita pendek di atas :


    beruntung   *   sangkar   *   lazat   *   iri hati   *   menyayangi


1. Burung nuri itu diperihara oleh tuan rumah kucing itu di dalam      
    sebuah _______________.
     
2. Tuan rumah itu amat __________________ burung nuri itu.

3. Burung nuri itu diberi makanan yang ________________ oleh 
    tuan rumahnya.

4. Kucing yang diperihara oleh tuan rumah itu berasa 
    _________________.

5. Setelah mendengar kata-kata nuri, barulah ia sedar bahawa ia 
    lebih _______________ dan bahagia berbanding dengan nuri.



***Selamat Menjawab***


No comments:

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...