Sang Lamri dengan Burung Gagak

  Sang Lamri dengan Burung Gagak


     Pada musim dingin, seekor gagak yang kelaparan beterbangan ke merata-rata tempat untuk mencari makanan. 

     Tiba-tiba, gagak itu ternampak putik buah ara. 

     Tanpa berlengah lagi , gagak pun terus hinggap di dahan pohon ara itu. Ia berhasrat menunggu buah itu membesar dan masak.
     
     Burung gagak itu mengangankan bahawa buah itu telah masak, ranum dan manis rasanya dan ia dapat menikmatinya sepuas hatinya.

     Hari demi hari berlalu. Buah ara belum membesar dan masak lagi. Gagak pula, semakin bertambah lapar.

     Gagak berasa kecewa lalu berteriak, " Wak ! Wak ! "
     
     Sang Lamri kasihan melihat perlakuan gagak lalu bertanya kepada gagak mengapa ia berkelakuan sedemikian.

     Selepas mendengar penjelasan gagak, Sang Lamri pun berkata, " Usahlah asyik bergantung kepada harapan sahaja. Berusahalah mencari jalan untuk mengatasi masalah yang kamu hadapi sekarang juga ! "

     Sebaik sahaja mendengar nasihat Sang Lamri, gagak pun terbang untuk mencari makanan di tempat lain.


Selesaikan soalan berdasarkan cerita pendek di atas :

   menunggu  *  nasihat  *  kelaparan  *  kasihan  *  ranum


1. Seekor burung gagak yang _______________ berterbangan ke 
    merata-rata tempat untuk mencari makanan.

2. Gagak itu hinggap di atas dahan pokok ara kerana ia ingin 
     _____________ buah itu membesar dan masak.

3. Burung gagak itu menggangankan bahawa buah itu telah masak, 
    __________ dan manis rasanya.

4. Sang Lamri merasa _____________ apabila melihat perlakuan 
    gagak itu.

5. Setelah mendengar ______________ Sang Lamri, gagak pun 
    terbang ke tempat lain untuk mencari makanan.


***Selamat Mencuba***

                        

No comments:

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...