Si Bangau

Si Bangau




     Seekor bangau yang cantik bersiar-siar di tepi sungai.

     Pada waktu itu, terdapat dua ekor ikan berenang-renang di permukaan sungai. Si bangau boleh menangkap ikan itu. Tetapi, oleh sebab kekenyangan, ia tidak ingin melakukannya.

     Apabila Si Bangau lapar, ia pun pergi mencari ikan. Ia ternampak belut, tetapi ia tidak menggemarinya. Dia benak fikirannya, ia tidak akan makan ikan yang rendah tarafnya.

     Si Bangau pun melepaskan belut apabila ternampak ikan kecil."Malulah aku, kalau aku makan ikan sekecil itu," fikirnya.

     Hari semakin gelap. Di sungai itu tidak kelihatan ikan lagi. Si Bangau pula kelaparan.

     Akhirnya Si Bangau ternampak siput. Dengan pantas, ia pun menyambar lalu menelan siput yang bercengkerang keras itu.

     Usahlah terlalu memilih kerana pada akhirnya kita sendiri yang akan kerugian.  
    
 

Jawab soalan berdasarkan cerita pendek di atas:


       belut  *    siput   *   bersiar-siar   *   gelap   *   kekenyangan


1. Seekor bangau yang cantik ____________________ di tepi 
    sungai.

2. Si Bangau tidak makan ikan yang ditangkapnya kerana ia masih 
    _________________________ .

3. Si Bangau pun melepaskan _____________ apabila ia ternampak
    ikan kecil .

4. Si Bangau tidak dapat mencari ikan lagi walaupun ia sudah lapar 
    kerana hari semakin _______________ .

5. Akhirnya Si Bangau ternampak _____________ lalu 
    memakannya. 



*** Selamat Berjaya ***





No comments:

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...