Anjing Dengan Tuannya
Seekor anjing terjatuh ke dalam sebuah perigi yang cetek airnya.
Anjing itu berusaha melompat tinggi untuk keluar dari perigi itu tetapi gagal.
Anjing itu pun menyalak sekuat-kuat hatinya untuk mendapatkan bantuan.
Tuan anjing itu mengambil sebatang galah untuk menyelamatkannya.
Anjing berusaha memanjat galah itu. Malangnya galah itu licin. ia tidak dapat keluar, walaupun mencubanya beberapa kali.
Anjing yang kesejukan itu telah memarahi tuannya kerana tidak bersungguh-sugguhnya hendak menyelamatkannya.
Tuan terpaksa masuk ke dalam perigi itu untuk menyelamatkan anjingnya.
Semasa memasuki perigi itu, kakinya terkena kepala anjing itu, anjing itu menyangka bahawa tuannya sengaja hendak melemaskannya.
Anjing itu pun terus menggigit kaki tuannya dengan sepantas kilat.
Tuan yang tercedera itu pun memanjat untuk keluar dari perigi itu. Dia berasa kesal lalu berkata," anjing itu sendiri yang mencari maut. Jadi, mengapa pula saya bersusah-payah menyelamatkannya?"
Orang yang tidak tahu membalas budi akan kerugian akhirnya.
Jawab soalan berdasarkan cerita pendek di atas :
1. Di manakah anjing itu terjatuh ?
A Di dalam sungai yang cetek.
B Di dalam parit yang cetek.
C Di dalam perigi yang cetek.
D Di dalam longkang yang cetek.
2. Bagaimanakah anjing itu meminta bantuan ?
A Menyalak dengan sekuat-kuat hatinya.
B Menjerit dengan sekuat-kuat hatinya.
C Mengiau dengan sekuat-kuat hatinya.
D mengembek dengan sekuat-kuat hatinya.
3. Mengapakah anjing itu memarahi tuannya ?
A kerana tuannya mengambil sebatang galah untuk
menyelamatkannya.
B kerana tuannya mengambil sebatang galah untuk memukulnya.
C kerana tuannya gagal menyelamatkannya.
D kerana tuannya tidak bersungguh-sungguh hendak
menyelamatkannya.
4. Mengapakah anjing itu hendak menggigit kaki tuannya ?
A kerana menyangka tuannya sengaja hendak melemaskannya.
B kerana kaki tuannya terkena kepala anjing itu.
C kerana anjing itu berasa sakit dan sejuk.
D kerana anjing itu dipukul oleh tuannya.
5. Akhirnya, anjing itu ( tidak / dapat ) diselamatkan oleh tuannya.

***Selamat Menjawab****
No comments:
Post a Comment