Serigala dengan Penggembala

Serigala dengan Penggembala

       Seekor serigala ingin memakan kambing. Bagaimanapun, ia tidak berpeluang melakukannya kerana kambing dikawal dengan ketat oleh penggembala.

     Serigala mencari akal. Ia pun mengambil kulit kambing lalu menyambar sebagai seekor kambing.

     Semasa serigala yang menyambar itu mendekati kambing, penggembala tidak mengetahuinya.

     Apabila malam menjelang, penggembala pun memasukkan kambing ke dalam kandang. Serigala pun mengikut sama masuk ke dalam kandang itu.

       Kandang itu kukuh buatannya. Serigala gembira kerana berjaya membolosi kandang itu. " Ha ! Ha ! Ha ! Penggembala yang cerdik itu pun berjaya aku tipu. Pada kali ini dapatlah saya membaham kambingnya ! "

      Pada ketika itu, penggembala mengasah parangnya. Sebenarnya dia mengetahui muslihat serigala itu.

     Semasa serigala menanggalkan kulit kambing ingin menyerang kambing, penggembala itu pun muncul.

       Dengan sepantas kilat, penggembala itu terus menetak serigala.

     Sebelum mati, ia mengeluh, " Hai, ingatkan penggembala itu dapat aku tipu, rupa-rupanya aku yang ditipu penggembala itu ! "


Jawab soalan berdasarkan cerita pendek di atas :

1. Mengapakah serigala tidak berpeluang memakan kambing ?
    A kerana ia tidak lapar.
    B kerana kambing telah menyembunyikan diri.
    C kerana semua kambing telah melari diri apabila melihat 
        kehadiran serigala.
    D kerana kambing dikawal dengan ketat oleh penggembala.

2. Bagaimana serigala dapat mendekati kambing ?
    A ia menyamar menjadi kambing dengan mengambil kulit    
        kambing.
    B ia mendekati kambing tanpa kesedaran penggembala.
    C ia mendekati kambing semasa penggembala sedang tidur.
    D ia menyamar menjadi penggembala  dengan mengambil kulit 
        kambing.

3. Serigala berasa gembira kerana_____________.
    A ia berjaya memakan kambing dalam kandang itu.
    B ia berjaya membolosi kandang itu.
    C penggembala berasa ketakutan.
    D penggembala telah dimakannya.

4. Mengapakah penggembala mengasahkan parangnya ?
    A kerana parangnya tumpul.
    B kerana hari sudah menjelang malam.
    C kerana ingin menyembelih kambing.
    D kerana dia mengetahui muslihat serigala itu.

5. Bagaimanakah keadaan serigala pada akhir cerita ini ?
    A ia berjaya memakan kambing.
    B ia berjaya membunuh penggembala itu.
    C ia dibunuh oleh penggembala itu.
    D ia telah melarikan diri.


***Selamat Menjawab***


2 comments:

  1. Cerita-cerita pendek dalam blog cikgu sangat berguna untuk murid pemulihan, anak saya juga menyukainya kerana cerita-ceritanya sungguh menarik. Syabas, teruskan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, harap saya dapat terus berusaha menambah banyakkan.

      Delete


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...