Ayam Jantan dengan Musang

Ayam Jantan Dengan Musang

      Seekor ayam jantan yang pintar telah bertindak sebagai pengawal.Ia bertenggek di atas dahan pokok di tepi padang sambil memerhatikan sekumpulan ayam mencari makanan. 

     Seekor musang ke bawah pokok itu lalu berkata, "Wahai adikku ayam, usahlah kita berkelahi lagi!Marilah turun dan bermaaf-maafan serta berpelukan sebagai kawan."

     Jawab ayam jantan itu, "Itu berita baik untuk aku. Lagipun masanya memang tepat lebih-lebih lagi dengan kehadiran dua ekor anjing di belakang kamu. Jadi, bolehlah kita berpelukan bersama-sama!"

     Sebaik sahaja mendengar kedatangan anjing, musang ketakutan lalu berkata,"Lain kali sahajalah kita berpelukan!" Dengan sekelip mata musang itu pun menghilangkan dirinya.

     Sebenarnya tiada seekor pun anjing yang datang ke tempat itu. Ayam-ayam yang lain pula sibuk mencari makanan di tempat itu dengan aman. Ayam jantan yang pintar itu telah berjaya menyelamatkan nyawa mereka.


Jawab soalan berdasarkan cerita pendek di atas :

1. Apakah tujuan ayam jantan bertenggek di atas dahan pokok ?
    A ingin menjadi pengawal.
    B ingin mencari makanan.
    C ingin memerhati sekumpulan ayam.
    D ingin berkokok.

2. Siapakah datang ke bawah pokok itu ?
    A seekor kucing
    B seekor anjing
    C seekor kambing
    D seekor musang

3. Mengapakah ayam jantan mengatakan itu berita baik untuknya ?
    A kerana dapat bermaaf-maafan.
    B kerana dapat berpelukan bersama-sama dengan musang.
    C kerana boleh turun ke bawah pokok itu.
    D kerana kehadiran dua ekor anjing di belakang musang.

4. Sebaik sahaja mendengar kedatangan anjing, musang pun______.
    A merasa gembira
    B berasa ketakutan
    C berasa marah
    D berasa kecewa

5. Bagaimana ayam jantan berjaya menyelamatkan nyawa ayam-
    ayam yang lain ?
    A menipu musang bahawa kehadiran dua ekor anjing.
    B memarahi dan menghalau musang pergi dari situ.
    C berkokok dengan sekuat hatinya.
    D bermaaf-maafan dan berpelukan dengan musang itu.


***Selamat Menjawab***


No comments:

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...