Singa Dengan Lembu Jantan
Singa ingin menjadi lembu jantan mangsanya. Tetapi, ia takut akan tanduk lembu jantan yang tajam itu.
Pada suatu hari, singa mengundang lembu jantan menikmati hidangan kambing jantan di kediamannya. Sebenarnya pekara itu adalah muslihat singa untuk makan lembu jantan.
Apabila lembu jantan tiba, ia mendapati ditempat itu hanya terdapat sebuah kuali dan sudip yang besar serta tiada kambing seperti yang dinyatakan oleh singa.
Lembu jantan pun meninggalkan tempat itu tanpa diketahui oleh singa.
Beberapa hari kemudian, lembu jantan pula mengundang singa kejamuannya untuk menikmat daging rusa.
Dengan gembira, singa pun bergegas ke tempat lembu jantan itu.
Sebaik sahaja tiba di situ, singa berasa hairan dan terkejut kerana di situ tiada daging rusa. Sebaliknya hanya ada sebuah kuali dan sudip yang lebih besar daripada barang-barang singa di tempat itu.
Sambil tertawa, lembu jantan berkata, "lihatlah kuali dan sudip saya lebih besar berbanding kepunyaan kamu. Semua ini cukup untuk memasak daging seekor singa!"
Dengan sekelip mata sahaja,singa terpontang-panting meninggalkan tempat tersebut.
Selesaikan soalan berdasarkan cerita pendek di atas :
bergegas * terpontang-panting * hidangan * tanduk * besar * menikmat
Selesaikan soalan berdasarkan cerita pendek di atas :
bergegas * terpontang-panting * hidangan * tanduk * besar * menikmat
1. Singa ingin menjadi lembu mangsanya, tetapi ia takut
akan___________________lembu jantan yang tajam itu.
2. Singa mengundang lembu jantan menikmati
____________________ kambing jantan di kediamannya.
3. Lembu jantan pula mengundang singa kejamuannya untuk
_______________________daging rusa.
4. Singa berasa gembira lalu______________________ke tempat
lembu jantan itu.
5. Lembu jantan ketawa sambil berkata bahawa kuali dan sudipnya
lebih _________________berbanding kepunyaan singa.
6. Setelah mendengar kata-kata lembu jantan itu, singa pun
lari_______________________meninggalkan tempat tersebut.
***Semoga Berjaya***
No comments:
Post a Comment