Fr Ng Jin Lung
Pendahuluan
Gereja Ayer Salak Melaka memulakan
ajaran agama kristian pada tahun 1848, pada masa itu pengajaran agama kristian dilakukan oleh para mubaligh dari Pertubuhan Misionari Perancis,
Paris (Society of Foreign Missions of Paris) dengan berusaha keras demi untuk
menaburkan benih-benih iman katholik. Pada asalnya ia merupakan sebuah stesen
penyebaran agama kristian di perkampungan kecil yang terdiri daripada penduduk orang
asli, kini telah berubah menjadi sebuah perkampungan beragama kristian yang
ditinggal oleh penduduk yang kebanyakkannya terdiri daripada keturunan cina dan
orang asli.
1.0 PENYEBARAN AGAMA KRISTIAN KE MELAKA
Penyebaran agama kristian adalah
dimulakan dari Melaka oleh orang portugis ke seluruh Tanah Melayu. Pada 24 Ogos
tahun 1511, seramai 8 orang paderi telah tiba ke Melaka iaitu terdiri daripada
seorang pastor(deacon), seorang paderi
Dominican dan enam orang paderi Franciscan; malah juga diiringi oleh seramai
150 hingga 200 orang tentera portugis dan pekerja-pekerja buruh, pedagang-pedagang
serta kira-kira seramai 300 orang portugis yang berkahwin dengan orang
tempatan. Maka terdapat kira-kira seramai 500 orang yang telah beragama
kristian pada awal ketibaan orang portugis ke Melaka.
Kekuasaan Eropah pada abab ke 17,
selain dari Portugal dan Spanyol
merupakan penguasaan lautan yang berkuasa, Britain, Perancis dan Belanda juga tidak
ketinggalan. Pada tahun 1641, seramai 1500 orang tentera Belanda telah
bergabungan dengan tentera melayu Johor iaitu seramai 600 orang sama-sama
menyerang Melaka, akhirnya menamatkan pemerintahan orang portugis.
Tahun 1779, akibat penyebaran agama kristian di Indo-China
mengalami kesukaran, maka sebilangan besar para mubaligh dari Paris (MEP Fathers)
terpaksa meninggalkan Indo-China dan bergerak ke selatan, tiba ke negeri-negeri
selat iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura untuk meneruskan penyebaran
agama kristian. Kedatangan mereka telah membuka pintu penyebaran agama kristian
di kawasan setempat yang belum pernah dimulakan.
Disebabkan perubahan keadaan ini, Archbishop
Pope Gregory XVI ( 1831-1846 ) demi memastikan penyebaran agama kristian
dilakukan dengan berkesan, maka tahun 1841 “Apostolic Vicariate of Siam” di Tanah Melayu bertukar menjadi “Apostolic
Vicariate of Malay Peninsula”, tanggungjawab ke atasnya telah diserahkan kepada
mubaligh di Paris. Bishop yang pertama ialah Mgr. Courvezy, MEP, beliau tinggal
di Pulau Pinang.
Pada masa itu, terdapat kira-kira
seramai 2000 orang penganut agama kristian di Melaka, disebabkan Melaka
merupakan lokasi menarik pedatang asing. Maka hal-hal di Gereja St. Peter ,
beberapa gereja kecil dan sebahagian besar orang portugis di Maleka diuruskan
oleh ulama portugis. Malah juga menjadi tempat tumpuan mubaligh-mubaligh
daripada Pertubuhan Misionari Perancis, Paris dan hanya kira-kira 300 orang
penganut bukan keturunan portugis menjalankan perkhidmatan. Pengambil alih hal ehwal Pertubuhan
Misionari Perancis yang baru, bergiat aktif dalam meneroka pembukaan lokasi
dakwah yang baru, terutamanya di kawasan luar bandar Melaka dan hutan.
Selepas dua tahun berkerja keras, pada
tahun 1844 Pertubuhan Misionari Perancis telah menubuhkan sebuah stesen
penyebaran agama kristian di muara sungai Melaka. Sejak mula dari tahun 1845, mubaligh
dari Pertubuhan Misionari Perancis iaitu Fr. Pierre S. L. Favre, MEP telah
memasuki kawasan hutan : antara kawasan singapura dan Melaka, pertengahan pusat
pergunungan di bahagian barat , cuba berhubung dengan penduduk orang
asli(Mantras) yang tinggal lebih kurang 60km hingga 90km di selatan Melaka,
untuk mengenali kehidupan dan adat resam , juga cuba menyebarkan injil kepada
mereka.
2.0 PENYEBARAN AGAMA KEPADA PENDUDUK ORANG ASLI
Tahun 1847, bishop Mgr. Bousho, MEP berkeputusan mendirikan mazhab
katholik dalam persekitaran hutan asli Semenanjung Malaysia setelah menerima
laporan siasatan dari Fr. Pierre S.L. Favre, juga melantik Fr. Pierre Henri
Borie, MEP bertanggungjawab menyebarkan agama kiristian kepada penduduk orang
asli di sana, bagi meneruskan perkembangan kerja yang telah dilakukan oleh Fr.
Pierre S.L. Favre, MEP.
Fr. Pierre Henri Borie, MEP tiba ke Melaka pada tahun 1847,
bersama-sama dengan Fr. Pierre S.L. Favre, MEP menjalankan kerja-kerja
pengurusan hal-hal penduduk orang asli. Mereka sama-sama masuk ke kawasan
pendalaman hutan, sehingga sampai ke Gunung Ledang dan Segamat. Pada bulan Ogos
dan September dalam tahun yang sama mereka juga telah mengembara seluruh
kawasan Negeri Sembilan iaitu Johol, Rembau, Sungai Unjong dan Jelebu.
Di bawah panduan dari dua orang melayu dan ditemani oleh dua
orang kawan keturunan cina, Fr. Pierre Henri Borie, MEP menjalankan satu
lawatan mengejut, lawatan mengejut ini telah memberi satu gambaran yang baik
kepada penduduk orang asli di sana, beliau juga berasa senang hati akan
perbuatannya itu.
Semasa dalam pejalanan balik ke Melaka dari perkampungan
orang asli, Fr. Pierre Henri Borie, MEP telah meninggalkan seutas rantai Santa
Maria di sepohon pokok besar, beliau menyerahkan perkara mengenai penduduk orang
asli yang baru menganut agama kristian ini ke dalam tangan Santa Maria. Dalam catatan buku beliau
telah menyatakan bahawa :
“ ……semasa saya melalui sebuah hutan yang baru dibuka, saya telah
memerhatikan sepohon pokok yang besar. Tanpa diketahui sesiapa, saya telah
meletakkan seutas rantai Santa Maria di sana, dan berdoa ; “Oh! Santa Maria,
ibu saya yang mulia, saya anggap kamu adalah ibu maharani kepada penduduk orang
asli, jadikanlah mereka sebagai diri mu , dan sebagai anak mu Yesus.”Selepas
itu, saya telah mengulanginya ulang kali, saya percaya salain daripada tuhan,
Ibu Santa Maria juga akan memainkan peranan yang penting ke atas penduduk orang
asli yang telah beragama kristian.”
Setelah membuat lawatan beberapa kali, serta pembukaan hutan
yang berterusan, sehingga tahun 1848 bulan Januari, Fr. Pierre Henri Borie, MEP
mendapati peluang keemasan sudah tiba untuk menubuh sebuah mazhab kristian
penduduk orang asli di Rumbia(Melaka) yang ditinggal oleh beberapa buah
keluarga penduduk orang asli di sana dengan menamakannya “Dusun Maria”. Beliau juga
telah mendirikan sebuah gereja yang dibina dari atap rumbia. Inilah gereja
pertama yang didirikan di Ayer Salak sebagai zon Santa Maria. 14 Disember 1848
Mgr. Boucho, MEP pertama kali memantau ke mazhab tersebut di Rumbia dan juga
telah melawat ke 23 buah rumah penduduk orang asli untuk dibaptiskan.
Pada tahun yang kedua, 16 Januari 1849 Fr. Pierre Henri
Borie, MEP sekali lagi membuat dibaptis kepada beberapa penduduk orang asli.
Sehingga tahun 1851, bilangan orang dari penduduk orang asli yang telah
dibaptis telah mencapai sebanyak 88 orang.
Fr. Pierre Henri Borie, MEP pulang ke Perancis untuk menerima
rawatan doktor atas sebab-sebab kesihatan. Urusan kerja beliau diambil alih
oleh Fr. Ambroisa Maistre, MEP dan Fr. Le TUrdu, MEP, maka Fr. Ambroisa
meneruskan pembinaan gereja yang telah dirancangkannya.
Fr. Pierre Henri Borie, MEP balik semula ke Melaka pada bulan
Mac 1853, beliau sangat gembira melihat adanya peningkatan bilangan penganut
Katolik, pada masa itu juga beliau telah meminta bishop hantar seorang rakan
untuk bersamanya , bishop pun menghantar Fr. Jean Contant, MEP ke sana. Tidak
lama kemudian, Fr. Pierre Henri Borie, MEP sekali lagi jatuh sakit, beliau
terpaksa tinggal dari mazhab dan beliau telah dihantar ke Pulau Tikus untuk
berkhidmat dan bertanggungjawab ke atas pertubuhan persatuan agama katolik di
sana oleh bishop.
Januari 1854 bishop telah menghantar Fr. Bourrelier, MEP
untuk menggantikan tempat dan kerja Fr. Pierre Henri Borie, MEP di sana. Perkembangan
kerja-kerja dakwah yang dilakukan oleh Fr. Bourrelier dan Fr. Jean Contant, MEP
telah meningkatkan bilangan orang penganut katolik. Mereka juga telah
menubuhkan dua buah sekolah iaitu sebuah sekolah murid lelaki dan sebuah
sekolah murid perempuan.
Adanya kemajuan yang pesat dalam kerja-kerja dakwah di “Perkampungan
Maria” , maka adanya keperluan menubuh sebuah mazab lagi. Fr. Jean Contant, MEP
menubuhkan sebuah mazhab penduduk orang asli lagi yang tidak jauh dari “Perkampunagn
Maria” dengan berjalan kaki kira-kira selama satu jam ke Ayer Merbau. Pada masa
itu telah ada sebanyak 25 hingga 30 buah rumah penduduk orang asli tinggal di
sana.
Selepas satu tahun, Fr. Bourrelier, MEP telah meninggal dunia
akibat jangkitan penyakit, beliau meninggal dunia pada usia 31 tahun. Walaupun
kebanyakkan mubaligh-mubaligh yang membuat kerja-kerja dakwah terdiri daripada golongan
muda, tetapi mereka tetap sukar merintangi dari penyakit hutan hujan tropika, lalu
jatuh sakit satu demi satu . Fr. Dastugue, MEP adalah pembantu awal FR. Pierre
S.L. Favre, MEP telah meninggal dunia pada tahun1849, ketika itu berusia 30
tahun. Pada tahun 1869 Fr. Charles Desbons, MEP telah membantu melakukan
kerja-kerja dakwah di Ayer Salak, beliau meninggalkan tempat tersebut selepas
dua tahun kemudian. Beliau dihantar ke Singapura untuk bertugas di sana,
kemudian balik semula ke Melaka dan pada tahun 1876 beliau meninggal dunia pada
berusia 34 tahun. Fr. Jean Contant, MEP yang berada di Mazhab penduduk orang
asli yang didirikan di Ayer Merbau pula meninggal dunia ketika usianya hanya 39
tahun.
Manakala Fr. Pierre Henri Borie, MEP lebih bernasib baik jika
dibandingkan dengan rakannya yang lain, setelah membuat rawatan dan rehat
setahun, beliau pulang semula ke mazhab pada 23 Disember tahun 1855. Dua buah
sekolah yang ditubuhkan oleh beliau merupakan satu kebanggaan baginya. Penduduk
orang asli boleh mendapatkan makanan dan pakaian dari Mazhab malah juga telah
menyediakan pengajaran kepada mereka untuk belajar membaca dan menulis serta
ada juga sesetengah pelajar belajar matematik di sana.
Mereka bolah menyanyikan lagu (Latin) sewaktu Mass, juga
belajar beberapa buah lagu Perancis dan Melayu. Kebanyakan pelejar perempuan
boleh membuat kerja jahitan dengan elok. Sehingga tahun 1857, 370 orang
penduduk orang asli yang sudah dibaptiskan, antaranya didapati 65 orang telah
meninggal dunia.
Fr. Pierre Henri Borie, MEP dan rakannya yang lain, walaupun
telah menjalankan kerja-kerja dakwah untuk penduduk orang asli telah
menampakkan kemajuan akan tetapi masih tetap menghadapi masalah peninggalan
ahli katholik dari penduduk orang asli. Beliau telah menulis pendapatnya
mengenai perkara ini di “Perkampungan Maria” pada 1 November 1857.
“Sesetengah keluarga penduduk orang asli meninggal dari
sebagai ahli katholik disebabkan oleh faktor individu, akan tetapi kebanyakannya
tetap sebagai ahli katholik dan beriman kepada kepercayaan. Walaupun
kerja-kerja dakwah kelihatan tidak mempunyai sambutan hangat tetapi mazhab
lebih mendapat sambutan hangat dari orang ramai jika dibandingkan dengan di Indo-China
dan di Siam.”
“Penduduk orang asli katholik ini telah meninggalkan
tingkah laku karut, kepercayaan adat
resam orang asli dan pengajaran dari luar. Mereka telah menanamkan iman katholik
dalam kehidupan seharian mereka. Ini telah menonjolkan diri mereka lebih
berbudaya, berpengetahuan dan berkeyakinan. Malah mereka telah mula bercucuk
tanam, menanam pokok-pokok dan memerihara binatang.”
“Hanya satu masalah yang dihadapi oleh mereka ialah tidak
biasa dengan kerja bercucuk tanam. Akibat dari pembukaan hutan menjadikan
mereka terpaksa pindah jauh dari mazhab. Maka untuk mengajar penduduk orang
asli menjalankan kerja bercucuk tanam dianggap sebagai usaha kerja yang perlu
dilakukan bagi mengekalkan penempatan mereka di sana lebih lama, malah
memudahkan kerja dakwah dilakukan untuk menguatkan iman mereka dan tepat pada
masanya untuk menyediakan perkhidmatan bimbingan dan nasihat untuk mereka.
3.0 KEMAJUAN PERKAMPUNGAN AYER SALAK
“Perkampungan Maria” telah menjadi satu tempat yang popular
hingga menarik ramai pengunjung datang ke sana. Setiap tahun, Hari Yesus, lebih
menampakan dipenuhi dengan orang ramai, antaranya terdiri daripada penganut
agama kristian, orang cina, orang India, orang yang tinggal di Melaka dan
pengunjung yang lalui Melaka. Mereka berharap dapat menyertai bersama “kumpulan
berdoa” sebelum Mass penduduk orang asli dijalankan.
Kemudian, “Perkampungan Maria” yang merupakan sebahagian
tanah dalam lokasi Rembia yang dibeli oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris telah
diberikan kepada pedagang cina Encik Tan Kim Seng untuk memperkembangkannya. Oleh
kerana Fr. Pierre Henri Borie, MEP gagal mendapat geran “ Perkampungan Maria”
sebagai hak milik, maka beliau bercadang melepaskannya. Akan tetapi beliau
mendapat persetujuan daripada Gabenor Mr. Blundell, boleh mencari kawasan yang
baru di hutan sebagai pertukaran.
Tidak lama kemudian, Fr. Pierre Henri Borie, MEP dapat
mencari suatu tempat baru di kawasan hutan iaitu di bahagian utara Ayer Merbau
yang kini dikenali sebagai Ayer Salak. Mengikut penerangan yang diberikan oleh Fr.
Pierre Henri Borie, MEP bahawa maksud Ayer Salak ialah sungai kecil di bawah
pokok Salak (Salak’s palm stream).
Syarikat Hindia Timur Inggeris bersetuju dengan 1000 ekar keluasan
tanah Ayer Salak dijadikan sebagai pertukaran. Akan tetapi 500 ekar keluasan
tanah tersebut diambil balik semula. Pada
mulanya Fr. Pierre Henri Borie, MEP membeli sebidang ladang di Ayer Salak
sebagai tempat tinggal sementara untuk diri sendiri dan penduduk orang asli. Kemudia
beliau membina sebuah gereja atap iaitu gereja St. Marry (St Marry Church), sebuah
rumah untuk tempat tinggal paderi dan dua buah sekolah di Ayer Salak, sekolah
tersebut mempunyai seramai 35 orang pelajar.
Kerja-kerja penempatan semula adalah tidak mudah dan sukar, kerja-kerja
penempatan semula kampung keseluruhannya dikira selesai iaitu mulai tahun 1860
hingga 1864, Fr. Pierre Henri Borie, MEP pun menamakannya sebagai “Maria Pindah”,
maksudnya ialah “ Maria yang suci, sebagai ibu dan maharani sama-sama telah
berpindah bersama kami”.
Gabenor baru iaitu General Cavagnac mula menjalankan tugas pada
6 ogogs 1859 hingga 16 Mac 1867. Pada kali pertama beliau membuat pemantauan di
Melaka, juga telah tiba ke Ayer Salak untuk mengenali keadaan mazhab penduduk
orang asli di sana.
General Cavagnac telah membuat lawatan ke gereja, tempat
tinggal paderi, dua buah tempat tinggal penduduk orang asli dan dua buah
sekolah. Kanak-kanak penduduk orang asli berbaris menunggu kehadiran beliau dan
mereka telah menggunakan bahasa Melayu, bahasa Latin dan lagu-lagu Perancis
menyambut kedatangan General Cavagnac. General Cavagnac berasa puas hati akan kebolehan
semua kanak-kanak penduduk orang asli ini menggunakan bahasa Melayu dalam
bacaan, penulisan dan pengiraan. Beliau juga telah membuat lawatan ke tempat
pelajar perempuan membuat kerja-kerja jahitan.
Semasa General Cavagnac sampai ke tempat tinggal paderi, beliau
mengucapkan taniah atas usaha Fr. Pierre Henri Borie, MEP dan menyatakan bahawa
beliau akan memeberi sebarang pertolongan jika Fr. Pierre Henri Borie, MEP ingin
meminta pertolongan daripadanya. Fr. Pierre Henri Borie pun menyatakan secara
ringkas akan masalah yang dihadapinya kepada General Cavagnac iaitu beliau
masih belum mendapat geran tanah Ayer Salak (Pemilik sepenuh)
General Carvagnac rasa tidak puas hati dengan kata-kata Fr. Pierre Henri Borie lalu menyatakan bahawa
beliau dilantik sebagai gabenor dan tidak beranggapan boleh mengubah keputusan
yang telah dibuat oleh gabenor sebelumnya. Sebelum perpisahan, kata-kata General
Cavagnac tidak lagi begitu tegas, sambil berjabat tangan dengan Fr. Pierre
Henri Borie sambil menukar cara percakapanya : “ Father, selamat tinggal, sila
kirimkan memorandum itu kepada saya!”
Selepas satu bulan, memorandum tersebut ditulis dengan teliti
oleh Fr. Pierre Henri Borie dan meminta Fr. Beural, MEP menterjemahkannya dari
bahasa Perancis ke bahasa Inggeris.
Dalam memorandum tersebut, Fr. Pierre Henri Borie telah menceritakan
sejarah dan evolusi keseluruhannya secara terperinci, malah menyatakan
ketidakpuasan beliau terhadap soalan yang dikemukakan oleh gabenor Mr. Blundell
iaitu yang terdahulu kerana beliau tidak terfikir bahawa beliau telah
mengeluarkan wang dan tenaga dan akan kesusahannya ketika membuat pembukaan
hutan.
Selepas beberapa bulan, memorandum ini membawa berita yang
mengembirakan iaitu General Cavagnac telah membenarkan geran tanah ( pemilik
sepenuh) dijadikan hak milik kekal(pemilik sepenuh) tanpa bayaran. Fr. Pierre
Henri Borie berasa gembira akan usahanya itu, beliau berkata :
“Setelah mendapat geran tanah(pemilik sepenuh) hak milik
kekal bagi mazhab penduduk orang asli, dalam masa ini bermakna mendapat jiwa
dan pemikiran yang tenang, pada masa hadapan mempunyai pelindungan.”
4.0 PARA MUBALIGH DIKEBUMIKAN DI DALAM GEREJA
Walaupun gereja mempunyai tempatetapi masih terdapat
sebilangan penduduk orang asli masih tidak dapat membiasakan diri dengan
keadaan kawasan baru, masing-masing telah membuat perpindahan ke tempat lain. Selepas
10 tahun membuat kerja penempatan ke kawasan baru iaitu selepas tahun 1870,
hanya 360 orang penduduk orang asli yang tinggal di Ayer Salak.
Selepas beberapa tahun, Mgr. Gasnier, MEP telah dilantik
sebagai bishop “ Apostolic Vicariate of Malay Peninsula ” dan terus berkhidmat
sebagai bishop bagi “Diocese of Malacca” selama 18 tahun. (1878 – 1896)
Pada tahun 1888, beliau telah menulis satu laporan kepada Holy
See iaitu “Laporan Penyebaran Iman” (kini dinamakan “Laporan penginjilan semua
penduduk”). Dalam laporan tersebut telah menyatakan bahawa perkara berlalu iaitu kerja-kerja dakwah yang
dilakukan oleh Fr. Pierre Henri Borie, MEP untuk penduduk orang asli, dan
beliau juga telah menjalankan analisis :
“Kesihatan Fr. Pierre Henri Borie, MEP telah terjejas ketika
melakukan kerja-kerja dakwah beberapa tahun untuk penduduk orang asli, akan
tetapi kerja-kerja dakwah yang dilakukan oleh beliau masih belum mendapat
keberhasilan. Beliau percaya bahawa dengan iringannya dengan anak-anak muda
penduduk meninggalkan hutan dan diberi 600 lebih orang penduduk orang asli dibaptis.
Walau mereka telah mengekalkan iman masing-masing, akan tetapi mereka tetap kembali
semula ke dalam hutan, kerana mereka masih belum bersedia untuk menerima budaya
dan tamadun baru. Oleh yang demikian, kita jangan kehilangan keberanian, kita
perlu dengan perasaan bersabar ke tempat mereka, kerana mereka tidak ingin ke
tempat kita.”
“Mungkin masih perlu menunggu sehingga selepas dua generasi,
kita perlu menghormati cara kehidupan nomad mereka, pada segala perkara , yang
pentingnya ialah hidup bersama dengan mereka, mengikut cara hidup mereka……”
Fr. Pierre Henri Borie, MEP bukan sahaja telah berusaha
menjalankan kerja-kerja di Ayer Salak, beliau juga pernah beberapa kali ke
kawasan berdekatan dan juga tempat yang jauh di hutan untuk mencari dan melawat
penduduk orang asli. Dalam buku beliau telah menyatakan bahawa beliau bersama
dengan Fr. Paris, MEP pada 11 Julai 1864 bertolak dari Singapura dalam masa 14
hari mengembara seluruh tempat di Johor. Akan tetapi cara-caranya menjalankan
kerja-kerja dakwah langsung tidak mendapat persetujuan dari Bishop MGR. Bouch,
MEP, maka ini menjadi tekanan baginya semasa menjalankan kerja-kerja dakwah.
Pada tahun 1871, Fr. Ludovic J. Galmel, MEP mengambil alih
Ayer Salak dan menjadi paderi gereja sana. Beliau bersama dengan paderi
sebelumnya iaitu Fr. Pierre Henri Borie, MEP
5.0 JJJ
No comments:
Post a Comment