Wednesday 5 December 2012

OBJEKTIF DAN PRINSIP PENDIDIKAN PEMULIHAN

Objektif Pendidikan Pemulihan

Program ini bertujuan untuk membolehkan murid-murid :

  1. Menguasai kemahiran tertentu dengan mengikut aktiviti-aktiviti yang dipilih dan menggunakan bahan-bahan yang bersesuaian dengan kemampuan murid.
  2. Mendapatkan layanan dan kemudahan yang sesuai dengan keupayaan dan perkembangan mental individu.
  3. Mengurangkan beban masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang lemah melalui bantuan guru dan pihak yang berkenaan ( pihak sekolah dan ibu bapa).
  4. Mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke tahap yang lebih maju.
  5. Memperoleh serta mengukuhkan keyakinan diri dan sifat berdikari apabila berada dalam kumpulan dan masyarakat.
  6. Mendapat peluang yang sama seperti rakan-rakan mereka melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial di dalam aktiviti-aktiviti sosial di dalam dan di luar bilik darjah.
  7. Meneruskan pelajaran dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

Prinsip Pendidikan Pemulihan

Terdapat beberapa prinsip yang perlu dipatuhi dalam melaksanak pendidikan pemulihan. Antaranya ialah :

Menentukan objektif pendidikan pemulihan

Guru perlu mengetahui objektif yang hendak dicapai semasa pendidikan pemulihan dijalankan bagi membantu murid-murid mengatasi masalah pembelajaran, membimbing mereka mengubah sikap negatif dan tingkah laku yang menghalang pembelajaran dan mewujudkan keyakinan dalam diri. Guru juga harus memastikan aktiviti pengajarannya melibatkan deria rasa, penglihatan , pendegaran dan pertuturan.


Menyusun strategi pendidikan pemulihan

  1. Mengenal pasti murid-murid yang memerlukan pemulihan melalui ujian saringan, ujian diagnostik, laporan guru dan sekolah serta maklum balas daripada temu duga yang dibuat dengan ibu bapa.
  2. Mengenal pasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid yang antaranya terdiri daripada masalah dalam kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca dan menulis.
  3. Mengenal pasti punca-punca yang menjadikan murid-murid bermasalah dalam pembelajaran dari aspek fizikal, intelek, emosi dan pembelajaran.
  4. Merancang pelbagai aktiviti untuk menolong murid lemah sama ada secara individu, kumpulan kecil atau melalui rakan sebaya.
  5. Membaut penilaian untuk menentukan kemajuan yang bertujuan untuk mengekalkan pelajar dalam kelas atau dihantar ke kelas pemulihan.
  6. Menjalinkan hubungan mesra antara guru dengan murid dan murid dengan rakan sebayanya.

 Merancang dan menyusun aktiviti pendidikan pemulihan
  • Pemilihan dan aktiviti hendaklah berdasarkan kebolehan murid.
  • Aktiviti hendaklah menekankan penggunaan bahan pelbagai bentuk untuk membolehkan murid menggunakan deria.
  • Matlumat hasil kerja daripada aktiviti hendaklah disampaikan dengan segera

Memilih pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai

Terdapat pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam melaksanakan aktiviti pemulihan. Antaranya:

  • Pendekatan Deduktif
  • Pendekatan Induktif
  • Pendekatan Elektif
  • Kaedah Komunikatif
  • Pendekatan Main Sambil Belajar( Didik Hibur )
  • Teknik Bercerita
  • Teknik Latih Tubi
  • Teknik Bersoal Jawab

No comments:

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...