Wednesday, 5 December 2012

PERANAN DAN TUGAS GURU PEMULIHAN

Menurut Koh Boh Boon ( 1981 ), guru mestilah mempunyai kemahiran dan ini bergantung kepada :


  1. Kebolehan dan kecekapan guru dalam menjalankan pendidikan pemulihan 
  2. Kemahuan guru untuk mempelajari dan mencuba aktiviti-aktiviti pemulihan
  3. Bekerjasama dengan rakan-rakan sejawat dan guru besar dalam mencuba sesetengah aktiviti pemulihan yang dipelajari
Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia dlam surat Pekeliling bertarikh 17 Mac 1986, Jilid v/(29) telah menyenaraikan beberapa peranan dan tugas guru pemulihan. Antaranya :

  1. Menjalankan kerja-kerja pemulihan
  2. Membantu guru-guru asas dalam hal-hal :
  • Mengenal pasti murid-murid lemah
  • Merancang dan menyediakan aktiviti
  • Mengatur jadual waktu pengajaran
  • Mengajar bersama-sama guru asas 
    3.   Berjumpa dan berbincang dengan guru asas, ibu bapa, doktor atau pegawai kebajikan dan pihak-
          pihak lain untuk mendapatkan maklumat tentang kelakuan, tabiat, kesihatan murid dan lain-lain.
    4.   Membuat penilaian dan merekodkannya. Isi rekod mengandungi perkara seperti kemajuan murid, 
          latar belakang murid, laporan kesihatan dan hasil-hasil temubual dan rujukan.
    5.   Menadi ahli jawatankuasa KBSR sekolah
    6.   Mengadakan bengkel di peringkat sekolah dan daerah 
    7.   Tugas-tugas lain

4 comments:

  1. Melalui maklumat yang dipaparkan. Cikgu Chu memang seorang guru pemulihan yang bertanggungjawab.Murid-murid cikgu sungguh bertuah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, saya akan cuba sedaya upaya melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru pemulihan untuk kebaikkan anak murid saya.

      Delete
  2. adakah guru pemulihan ini mengajar pelajar yang lemah dalam sesuatu subjek ? mohon penjelasan dan penerangan kerana saya memohon sbg guru pemulihan bagi sekolah rendah di IPG

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murid-murid yang layak masuk ke kelas pemulihan adalah murid yang lemah dalam matapelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik.
      Oleh yang demikian, guru pemulihan hanya mengajar dua matapelajaran ini.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...